Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Kasui Sedap Dan Lembut

Resepi Kuih Kasui Sedap Dan Lembut. Kuih kasui kuih tradisional yang legend la orang kata.. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kuih kaswi boleh dihidangkan dalam kebanyakan majlis samada kesyukuran atau kenduri kendara. Anak kecil saya suka dengan kuih kasui ni, tapi dengan syarat jangan letak kelapa parut. Jika tidak.. memang dia tak sentuh.. hihi

Kuih kaswi yang sedap bagi citarasa saya pula mestilah ada kapur makan sikit dalam bancuhan bahan-bahannya. Barulah naik rasanya..

Resepi yang saya nak share ni, anda semua boleh cuba. Alhamdulillah.. rasanya lembut dan sama macam mak mertua saya buat..

Resepi Kuih Kasui Sedap Dan Lembut 


Resepi Kuih Kasui Sedap Dan Lembut

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
3/4 sudu teh kapur makan

Hiasan:

Kelapa parut yang digaul dengan garam secukupnya

Cara-cara Buat Kuih Kasui Lembut Dan Sedap


1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kecuali kapur makan..

2. Gaul sampai sebati dan gula larut..

3. Tapis kan adunan ke dalam mangkuk lain..

4. Campurkan kapur makan dengan 3 sudu makan air.. masukkn ke dalam adunan yang telah di tapis tadi.. aduk @ kacau hingga kapur sebati..

5. Oles acuan dengan minyak masak.. tuangkn adunan ke dalam loyang tadi..

6. Kukus selama 30 minit.. pastikan air kukusan mendidih baru kukus.. balut penutup kukus dengan kain untuk mengelakkan air menitik ke atas kuih.

7. Bila dah masak, biar sejuk dahulu. Taburkan kelapa parut di atas setiap potongan kuih kaswi anda.

Selamat Mencuba.

Resepi Kuih Kasui Sedap Dan Lembut

Resepi Kuih Kasui Sedap Dan Lembut

Resepi kuih kasui atau disebut juga kaswi ni sedap dan lembut je, diadun mengikut bahan-bahan yang simple. Bonda saya suka kuih tradisional ni kerana teksturnya yang lembut. Hidangkan dengan kelapa parut yang rasa masin sikit.. memang sedap!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close