Header Ads

Cara Buat Jagung Kukus Manis Berlemak

loading...
Cara Buat Jagung Kukus Manis Berlemak. Oleh kerana kat rumah ni ada stok jagung manis yang baru je sampai dan masih segar.. maka saya rajinkan diri buat jagung kukus manis lemak dan berkrim. Jagung kukus yang selalu beli kat shopping complex pun kekadang tawar dan tak lemak manis. Makan pun tak puas. Kalau nak puas.. meh kita belajar buat sendiri. Nak makan seperiuk.. suka hati! Hihi..

Ada yang campur mayonese, ada juga yang letak butter untuk rasa lemak berkrim dan cantik. Dan, anda boleh juga letak parutan keju cheddar sebagai topping jagung manis kukus anda. Tak kisah lah cara macam mana anda buat jagung manis kukus anda.. yang penting sedap lemak berkrim.. kan?

Cara Buat Jagung Kukus Manis Berlemak

Cara Buat Jagung Kukus Manis Berlemak

Ni lah jagung manis yang MIL bawakan semalam. Ada rezeki anak-anak nak buatkan jagung manis kukus lemak berkrim. Hihi..


Resepi Jagung Kukus Manis Berlemak 


Bahan-bahan:

1 Paket Sweet corn (atau guna yang fresh pun boleh lagi sedap)
3 sudu besar susu pekat manis (agak-agak)
1/2 sudu besar marjerin @ planta
secubit garam

Cara Buat Jagung Kukus Manis Berlemak


1. Kukus jagung manis hingga masak. Bukan rebus ya.. kalau direbus jagung akan mengecut dan tak segar macam dikukus


2. Masukkan jagung manis ke dalam bekas. Campurkan planta/ margarine dan gaul. Kemudian, baru letak susu manis dan kacau rata.

3. Akhir sekali, taburkan sedikit garam. Kacau sedikit. Kalau suka, boleh letak parutan keju cheddar di atasnya.

4. Siap untuk dihidangkan.

Cara Buat Jagung Kukus Manis Berlemak
Jagung manis kukus dengan keju cheddar

Macam mana? Mudahnya buat jagung manis kukus lemak berkrim ni. Anda tambahkan perisa yang anda mahu pun boleh. Yang penting, jagung manis yang dikukus adalah lebih sedap dan segar berbanding jagung yang direbus. Anda boleh cuba dan bandingkan.. ya.

No comments

Powered by Blogger.