Header Ads

Resepi Ayam Masak Masam Manis Istimewa

loading...
Resepi Ayam Masak Masam Manis. Ayam masam manis atau sweet sour sedap dimakan dengan nasi panas dan dengan sayur capcai. Kemudian ayam tu potong dadu, goreng dulu dengan tepung jagung. Macam ayam popcorn gitu. Beli ayam popcorn segera tu kat mini market pun lagi senang. Cepat dan segera..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜˜, tinggal goreng dan buat kuahnya.

Ayam masak sweet sour atau masam manis biasanya dibuat istimewa pada majlis perkahwinan khas untuk meja makan beradab. Ada yang menghias guna lidi satey, ada yang diletakkan dalam bekas kulit nenas dan macam-macam gaya yang kreatif.

Resepi Ayam Masak Masam Manis
Sumber Tiffinbiru
Apakata.. anda cuba pula resepi di bawah dimana hidangan Ayam Masak Masam Manis sangat istimewa sebab jarang dimasak dalam keluarga saya. Hihi..

Resepi Ayam Masam Manis Atau Sweet Sour


Bahan-bahan:

300 g isi ayam potong saiz kecil atau dadu
1 biji cili benggala hijau dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 nenas dipotong dadu - simpan airnya
1 biji tomato potong dadu kecil
2 sudu besar minyak
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 cawan tepung
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa

Untuk sosnya:

2 sudu besar pes cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar air nenas
1 sudu besar tepung jagung bancuh bersama 2 sudu besar air
1/2 cawan air

Cara Menyediakan ayam sweet sour atau masam manis

Resepi Ayam Masak Masam Manis
Gambar hiasan

1. Celup isi ayam dalam telur yang dipukul. Salut dengan tepung, goreng sehingga masak atau kekuningan.

2. Angkat dan ketepikan
3. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya
4. Masukkan cili pes dan biar seketika
5. Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan semua bahan sos, garam dan gula secukup rasa
6. Masukkan cili benggala, tomato, nenas dan bawang besar
7. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tadi..
Biar seketika dan masukkan air tepung jagung sehingga agak pekat dan angkat.

Siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi putih panas-panas, pasti syiok.

Resepi ayam masak sweet sour yang dikongsikan boleh dimakan untuk 4 orang sekeluarga. Resepi yang mudah, sedap dan kesukaan anak-anak kecil. Jangan pedas sangat takut nanti ada yang tak boleh makan.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

No comments

Powered by Blogger.