Header Ads

Resepi Sup Tofu Ringkas Dan Sedap

loading...
Resepi Sup Tofu Ringkas Dan Sedap. Sedapnya sup tahu telur atau orang panggil tofu bila ditabur atasnya dengan bawang goreng. Segar rasanya bila dimakan waktu tengahari atau ketika hidung tersumbat.

Kalau tak nak masak sup tofu, anda boleh masak dengan sos tiram dan letakkan jagung dan kacang peas. Tumis dan pecahkan telur, nice!

Resepi Sup Tofu Ringkas Dan Sedap
Resepi Sup Tofu Ringkas Dan Sedap

Resepi Sup Tofu Ringkas Dan Sedap


BAHAN-BAHAN:

2 batang tofu telur | dipotong ikut suka
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
2 1/2 cm halia | dihiris halus
1 biji putih telur
1 tangkai daun sawi | dipotong
½ biji lada benggala merah dan dihiris panjang
½ biji lobak merah | diparut
1 sudu teh serbuk lada sulah
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak jagung untuk menumis

Cara menyediakan Resepi Sup Tofu Ringkas Dan Sedap


1. Panaskan minyak jagung pada kuali dan tumis bahan dihiris halus sehingga kekuningan.

2. Kemudian masukkan air secukupnya bersama daun sawi, lada benggala dan lobak merah. Didihkan.

3. Apabila sayur-sayuran hampir lembut, masukkan tofu telur dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.

4. Akhir sekali, masukkan putih telur dan kacau rata. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat lah sudah resepi sup tofu ringkas kita. Kalau suka boleh juga letak daun sup untuk naikkan bau harum sup kita.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.