Header Ads

Resepi Kuih Vadai Sedap Dan Mudah


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Kuih Vadai Sedap Dan Mudah
Resepi Kuih Vadai Sedap Dan Mudah. Vadai atau Vadei adalah kuih tradisi kaum India. Tapi itu satu masa dulu, kini kuih vadei boleh aje disediakan oleh orang kita asalkan tahu resepinya. Saya mula pandai makan kuih vadei sejak berkawan dengan rakan berbangsa India dan dia rajin pulak belikan untuk saya pada waktu minum petang. Dari tak pandai makan, kini saya pun dah boleh buat sendiri. Kiranya.. macam buat jemput-jemput jugak. Bezanya kuih vadei guna kacang dhal yang direndam semalaman.

Resepi Kuih Vadai Sedap Dan Mudah

Resepi Vadai Sedap Dan Mudah 


Bahan-bahan:

5 sudu besar tepung cucur adabi ( kalau tak ada, gantikan dengan 2 sudu teh pati ikan bilis)
250 gram kacang dhal (direndam dan kisar kasar)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 batang Cili hijau - dicincang halus
3 batang cili merah - dicincang halus
3 tangkai daun kari - dicincang halus
1 sudu kecil soda bikarbonat
Air secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan Resepi Vadai Sedap Dan Mudah


1. Masukkan semua bahan tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga rata

2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga membentuk doh

3. Setelah itu, ambil sedikit dan leperkannya berbentuk bulat

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga kekuningan

5. Sedia untuk dihidangkan

Dah, siap resepi kuih vadei kita. Kini anda tak perlu beli lagi, bolehlah buat sendiri. Kalau nak nampak variasi, boleh juga tambahkan 3 tangkai lada kering yang digunting kasar. Baru nampak real.

Selamat mencuba.


No comments

Powered by Blogger.