Resepi Kuih Gunting Sedap

Resepi Kuih Gunting Sedap. Kuih gunting kesukaan ramai, makan sikit tak cukup. Dan, kuih gunting rangup ni ada banyak versi, ada yang sira cilli dan ada yang tidak. Anda boleh gunting sesuka hati, nak panjang atau pendek yang penting rangup dan sedap. Yeah!!

Biasa orang beli banyak kuih gunting bila nak raya. Jadi, kenapa tak kali ini buat sendiri untuk keluarga tersayang. Caranya pun mudah dan bahan-bahan yang diperlukan pun mudah disediakan.

Resepi Kuih Gunting


Resepi kuih gunting sedap

Bahan-bahan:

500 gram tepung geandum
Semangkuk kecil margerin yang dipanaskan

Bahan kisar

11 tangkai cili kering - rebus
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
Segengam udang kering
Segengam ikan bilis
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan putih
Sebiji telur
Garam
Gula satu senduk kecik atau ikut suka manis
Sikit pati bilis
Daun Kari.
Satu sudu kecik kunyit serbuk

Cara menyediakan Resepi Kuih Gunting Sedap


1. Panaskan margerin, gaul dengan tepung bagi jadi macam serbuk roti. Masukkan bahan kisar dalam blander bersama garam dan gula. Kemudian rasa dulu masin dan manisnya..

Resepi Kuih Gunting Sedap


2. Masukkan telur dalam tepung, dan curahkan bahan kisar. Masukkan sedikit demi sedikit hingga jadi sebati dengan tepung.

Nota: Masa blender bahan-bahan kisar jangan terlebih air ya..

3. Uli doh jangan terlalu lembik nanti tak boleh digunting. Ambil sikit, golek2 kat tangan bagi bulat panjang. Kemudian, tekan hingga leper.

4. Mulakan menggunting. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul-betul panas. Goreng kuih gunting hingga warna kuning keemasan. Siap untuk di makan.

Siap dah cara menyediakan kuih gunting sedap, ada jintan dan ketumbar. Saya suka rasanya yang segar dan wangi. Sedap tu..., ada rasa manis udang kering.. memang awesome!

Selamat mencuba.
Resepi Kuih Gunting Sedap Resepi Kuih Gunting Sedap Reviewed by aynora nur on Januari 08, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.