Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

8 Resepi Air Detox Yang Segar Dan Mudah

8 Resepi Air Detox Yang Mudah - Air detox kini telah pun jadi minuman rutin yang mudah disediakan. Tak perlu susah payah nak buat air detox kerana sudah ada banyak pendedahan tentang kebaikan dan khasiatnya air detox. So, jadikan air detox sebagai minuman harian anda. Yang penting jaga kesihatan pada harga yang mampu milik...❤💖💖

Infused water atau air detox adalah campuran air kosong dengan buah-buahan, daun herba atau madu dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum di minum. Biasanya resepi ini menggunakan buah seperti mangga, strawberi, anggur, barries dan epal kemudian di rendam bersama daun herba seperti daun peppermint, basil, pudina, saderi atau campur saja dengan madu. Tapi boleh saja guna buah tempatan seperti tembikai cina (watermelon), buah naga, nenas, betik, laici, jambu batu. Nak tambah cinnamon (kulit kayu manis), serai, halia atau timun pun boleh.

8 Resepi Air Detox Yang Segar Dan Mudah

Kalau ikut pengalaman saya sendiri, minum air detox lemon dengan teh hijau dah jadi rutin minuman harian saya. Yang bagusnya, ia telah menyebabkan tahap kesihatan saya semakin baik, nak kena batuk dan demam dalam setahun pun jarang.. alhamdulillah.

8 Resepi Air Detox Yang Segar Dan Mudah


Antara kesan yang boleh didapati apabila anda minum "infused water" atau air detox ialah:

  • meningkatkan tahap metabolisma
  • menjadikan and cepat kenyang dan mengelakkan dari makan junk food
  • membantu tubuh membebaskan sel lemak secara semulajadi
  • meningkatkan mood
  • mengurangkan keletihan pada otot semasa bersenam

Antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat Air Detox:


1)Buah-buahan
Sitrus: Grapefruit, lemon, limau nipis, oren
Beri: Strawberry, raspberry, blueberry, blackberry, ceri

2)Buah tempatan:
Delima, mangga, nanas, belimbing

3)Melon: Honeydew, tembikai, rockmelon

4)Pilihan lain: Epal, anggur, plum, peach

5) Sayuran: Timun, lobak merah, daun saderi, peppers

6)Herba: Pudina, sage, rosemary, selasih, cilantro, thyme, stevia, lavender

7) Rempah-ratus:
Halia, kulit kayu manis, lada hitam

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat


8 Resepi Air Detox Yang Mudah


Koleksi resepi berikut adalah dari sumber FB yang saya ambil untuk dikongsikan kepada anda semua.

1. Resepi Air Detox Nanas dan Anggur Merah 


Rasanya yang manis ( tetapi tidak terlalu manis ) adalah sangat menyegarkan , terutama apabila anda minum sejuk . Pada yang tak suka minum air kosong boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan:

Air kosong / Air Mineral,
Buah anggur merah - dibelah dua
2-3 keping nanas yang telah dihiris

Nota: boleh gunakan seberapa banyak buah anggur yang anda suka terpulang pada citarasa masing-masing.

Cara penyediaan:

Satukan kesemua buahan didalam balang / jag air. Kemudian tuangkan air kosong. Simpan di dalam peti sejuk dalam 3-4 jam sebelum dihidangkan.Hidangkan sejuk. Jika tidak suka sejuk boleh dibiarkan diluar selama 3-4 jam.

Kelebihan buah anggur masih enak walaupun sudah digunakan jadi selepas selesai minum anda boleh nikmati buah anggur tadi. 

2. Resepi Air Detox Buah timun dan lemon 


Bahan-bahan:

2 liter air kosong
Timun dipotong ikut suka
Buah lemon - dihiris atau diperahkan jusnya kedalam air
3-4 helai daun pudina

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan-bahan di dalam bekas kedap udara, masukkan air dan biarkan di dalam peti sejuk selama1-2 jam. Boleh juga diletakkan diluar untuk yang tidak suka sejuk. Jika tiada buah lemon boleh gantikan dengan buah limau nipis.

3. Resepi Air Detox Strawberry dan tembikai 


Bahan-bahan:

2-3 biji buah strawberry dihiris
Buah tembikai di potong kiub - terpulang pada anda banyak mana yg anda suka
2-3 helai daun pudina
2 liter air kosong / air mineral

Cara penyediaan:

Masukkan semua buahan yg telah dipotong ke dalam jag / balang. Kemudian isikan air mineral biarkan selama 2 ke 3 jam. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk anda yg suka minum sejuk. Selamat mencuba.

4. Resepi Air Detox untuk mengawal selera makan dan mencantikkan kulit 


- buah lemon jika 1000 ml air sebaiknya guna 1-2 hiris shj takut jd terlalu masam dan pahit
- buah strawberry dihiris
- buah apple dipotong baji
- beberapa helai daun pudina
- 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis / stgh batang kulit kayu manis
- Air kosong / Air Mineral

Kebaikan bahan-bahan ini:

*Kayu manis: melancarkan peredaran darah dan mengawal kandungan gula dalam darah. Ini membantu anda makan pada kadar yg sedikit dan membantu mengawal kalori yg diperlukan.
*Apple: mengandungi Vitamin C untuk kecantikan kulit, menjaga dan memelihara tulang dan membantu penyembuhan luka yg cepat
*Strawberries: anti penuaan, anti oksidan dan melicinkan kulit.
*Daun pudina: melancarkan sistem perkumuhan.
*Lemon: mengatasi sembelit dan membantu membakar lemak di dalam badan

5. Resepi air detox Apple dan kulit kayu manis 


Buat dalam 2 liter air, dan boleh re-fill 3 atau 4 kali sebelum menukar hirisan buah apple dan kulit kayu manis yang baru.

Bahan-bahan:

Sebiji buah apple dipotong nipis, tak kisah jenis apple yang anda gemari.
1 batang kayu manis

Cara Membuatnya:

  • Masukkan buah apple yang telah dihiris kedalam balang. Masukkan air kosong, kemudian masukkan sebatang kayu manis, dan jika suka boleh letak beberapa kiub ais kedalam air tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan bolehlah terus diminum atau boleh juga letak didalam peti sejuk jika suka.
  • Boleh tambah kulit kayu manis jika suka rasa yang lebih kuat.

Kebaikan air detoks ini: Meningkatkan tahap metabolisma dalam badan.

6. Resepi Air Detoks Mangga dan Daun Pudina 


Bahan-bahan:

2 tangkai daun pudina segar ( atau kira-kira 8 helai daun kecil )
1/2 biji mangga , dibuang kulit dan dipotong mengikut citarasa anda
Air kosong / Air Mineral

Cara penyediaan:

Campurkan daun pudina dan hirisan buah mangga didalam air dan biarkan selama 3-4 jam pada suhu bilik atau pada yang suka sejuk boleh disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

* mangga masak akan mempunyai rasa yang lebih sedap dan manis berbanding mangga yang muda

7. Resepi Air Tropikal Nanas dan Oren 


Bahan-bahan:

2 liter air kosong / air mineral
Sebiji buah oren - dihiris
2 atau 3 hiris nenas - sedap jika guna nenas yang ranum masak

Cara penyediaan:

Campurkan kesemua hirisan buah nanas dan oren kedalam jug / balang air. Kemudian masukkan air kosong dan biarkan selama 1-2 jam sebelum dihidangkan. Jika suka sejuk boleh masukkan kedalam peti sejuk atau campurkan ais kiub. Selamat mencuba

Kebaikan buah nanas dan oren: kaya dengan Vitamin C, banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti meningkatkan imunisasi dalam badan juga membaiki sistem penghadaman dan mencantikkan kulit.

 

8. Resepi Air Barli Lemon - Resepi Turunkan Kolesterol 


Air Barli dengan Lemon ini amat bagus untuk menurunkan kolestrol, menurunkan berat badan, mencegah jangkitan saluran kencing, mencegah batu karang, anti-bakteria (bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema) & mengawal gula dalam darah.


Bahan-Bahan:

Barli biji
Madu
Lemon

Cara-Caranya:

Basuh barley & rendam seketika.
Masak barli sehingga lembut.
Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.

Baca juga: ♥♥Air Lemon Dan Barli Kurangkan Kolesterol Dengan Segera》》


** Untuk anda yang Gluten Intolerance - Ini mungkin tidak sesuai untuk anda.


1. Sumber: Facebook Air Detox Untuk Kurus
2. Sumber : Cara Buat Air Detox 
3. Sumber : Cara Buat Air Detox Yang Segar Dan Mudah
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close