Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Buah Rotan Rangup

Resepi Kuih Buah Rotan Rangup. Kuih buah rotan rasanya rangup dan lemak manis. Campuran santan menjadikan rasanya begitu, kunyah sambil tengok TV pun sedap. Kuih buah rotan ni saya jumpa ketika raya je, kalau tak.. susah juga nak jumpa kuih ni. Harganya pun tak lah mahal sangat mungkin sebab cara buatnya yang mudah dan bahan-bahan resepinya pun tak mahal.

Kalau nak cuba buat sendiri masa raya nanti, anda boleh salin resepinya di bawah. Insyaa Allah, jadi lah nanti hasil kuih buah rotan anda. Kuih zaman dulu memang mudah dan bahan-bahannya tak lah pelik sangat. Semua senang dicari. Sebab itu kuih-muih raya zaman dulu lebih dicari orang berbanding kuih atau biskut raya moden.

Resepi Kuih Buah Rotan Rangup

Resepi Kuih Buah Rotan Rangup

Resepi Kuih Buah Rotan Rangup


Bahan - bahan:

500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (letak atau tidak, terpulang..)

Cara-cara Buat Kuih Buah Rotan Rangup


1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.

2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit.

3. Kemudian, uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi) supaya senang untuk dibulat-bulatkan.



4. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan.

5. Siap goreng, biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. Jika tidak, nanti dia mudah lemau.


Selamat mencuba.

Nota tambahan:

Kuih buah rotan tanpa santan:

Pakai tepung pulut, air gula dengan air kapur. Kapur hujung-hujung sudu je. Bancuh dengan air dan airnya campur dalam air gula.

Uli dengan tepung pulut sampai boleh bentuk. Bulat-bulatkan, kemudian golekkan dengan bijan. Sebelum goreng, pastikan minyak hampir panas, api kecil. Ambil masa untuk goreng. Tahan sebulan masih rangup lagi..

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close