Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sayur Lemak Putih Jantung Pisang

Sayur Lemak Putih Jantung Pisang. Akhirnya dapat lepas rindu makan sayur jantung pisang masak lemak. Dah lah susah nak dapat jantung pisang melainkan korang pergi pasar tani tau.. rumah kita pulak jauh dari pasar tani. Memang kena makan kat kedai baru jumpa.. hehe

Sayur Lemak Putih Jantung Pisang

Sayur lemak putih jantung pisang menu lunch kami. Kita tak masak sebab keluar tukar bateri kereta. Ngam-ngam habis pasang bateri baru, perut lapar. Pusing-pusing nampak satu restoran melayu. Masa ni lah jumpa sayur jantung pisang. Gitu lah kisahnya.

Sayur Lemak Putih Jantung Pisang

Korang rasa jantung pisang ni ada khasiatnya ke? Mari lah cuba google.. 

Kalau korang nak tahu, setiap 100 gram jantung pisang mengandungi khasiat penting untuk tubuh badan seperti berikut :

  • Kalori : 51 kalori
  • Protein : 1.5 gram
  • Karbohidrat : 9.9 gram
  • Serat : 5.7 gram
  • Kalsium : 56 miligram
  • Zat besi : 56.4 miligram
  • Fosforus : 73.3 miligram
  • Kalium : 553.3 miligram
  • Kuprum : 13 miligram
  • Manganese : 48.7 miligram

Protein dia banyak ye.. bagus untuk tambah darah kan? Bagus juga sebagai sumber serat. 

Sayur Lemak Putih Jantung Pisang

Jadi, antara khasiat jantung pisang adalah boleh membantu penghadaman, boleh membantu merendahkan paras kolesterol, membantu menurunkan paras gula dalam darah, boleh mencegah pembesaran prostat, mencegah anemia dan banyak lagi.

Kalau direbus je dijadikan ulam lagi bagus!

Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close