Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Salad Udang Yang Mudah

Resepi Salad Udang Yang Mudah. Mari kita tukar menu harian kita dengan masakan yang direbus, dan lebihkan sayur-sayuran. Kalau ikut sifu kesihatan saya, dia kata amalkan makanan seimbang untuk diet sihat iaitu dengan mengambil 1/4 nasi, 1/4 lauk dan 1/2 sayuran berdaun hijau.

So, salad udang ni saya rasa amat sesuai untuk saya mulakan diet seimbang saya secara intensif. Kena rajin dan displin. Rajin minum air masak ya..

Resepi Salad Udang Yang Mudah

Resepi Salad Udang Yang Mudah


Bahan-bahan:

150 gram udang
Garam secukupnya
1/4 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
1 sudu makan butter/ margarin untuk menumis
1 buku brokoli, pilih yang sesuai
1 batang lobak, hiris serong
3 sudu makan sos blue cheese (yang dalam botol)


Cara buat salad udang rebus


1. Kupas udang, sisakan ekornya, kerat bahagian ekornya, bersihkan

2. Panaskan butter, masukkan udang, garam dan lada hitam, masak hingga udang masak

3. Didihkan air, rebus lobak hingga setengah masak, angkat dan toskan

4. Rebus brokoli, jangan terlalu lama supaya hijaunya tetap cerah, angkat dan ketepikan

5. Campurkan brokoli dan lobak dalam pinggan, tuangkan sos blue cheese, letakkan udang diatasnya

Selesai sudah resepi salad udang yang mudah untuk kita semua. Semoga resepi yang dikongsikan memberikan manfaat kepada kita semua, terutamanya ibu-ibu yang selalu pening kepala nak masak apa...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close