Resepi Nasi Ayam Dengan Sos Cili Yang Sedap

Resepi Nasi Ayam Dengan Sos Cili Yang Sedap. Nasi ayam memang nasi kegemaran ramai, sebab rasa nasinya yang dimasak dengan air rebusan ayam dengan rasa lemak masinnya.. memang sedap!! Anak-anak kalau pergi memana susah nak makan, kami sediakan dengan nasi ayam dari rumah. Makan nasi je pun dah cukup terutamanya anak bujang saya yang paling kecil.

Jadi, sebagai juadah berbuka puasa hari pertama, mari kita buat nasi ayam dengan ayam goreng bermadu, sos cili yang manis sedap bersama hiasan salad yang segar. Boleh bayang tak.. ??

Resepi Nasi Ayam Dengan Sos Cili Yang Sedap

Resepi Nasi Ayam Dengan Sos Cili Yang Sedap


Resepi Nasi Ayam Dengan Sos Cili Yang Sedap


Sos cili yang sedap cukup dah tuang atas ayam dan nasi. Campur sup sikit. Gitulah cara saya makan nasi ayam. Suka curah sup atas nasi. Hehe..

Bahan-bahan:

A. AYAM GORENG MADU

1 ekor ayam- di potong 4 - selebihnya di cincang utk buat sup
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato

Cara-cara:

1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut. (Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.

B. SUP NASI AYAM

Ayam yang telah dipotong kecil2 (bahagian yg lebih/ tulang ayam)
2 biji kentang - di potong dadu besar
1 batang carrot- di potong kecil
Daun sup/ daun bawang dan bawang goreng secukupnya
2 ulas bawang putih (hiris)
2 ulas bawang merah (hiris)
1" halia (hiris)
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
1 kiub pati ayam
Air secukupnya dlm 4 cwn
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

C. NASI AYAM

4 cawan beras (saya guna beras siam)
5 1/2 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 51/2 cwn air)
sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
2 sudu besar butter

Bahan tumis:

4 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris
4 batang serai- di ketuk
3 sudu besar minyak

Cara-cara:

1. Basuh beras, pastu toskan. Ketepikan.
2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
4. Masukkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.


D. SOS CILI NASI AYAM


Bahan-bahan diperlukan:
Cili masak 3 biji
Bawang putih 3 ulas
Sos tomato/sos cili
Cuka
Gula

Cara menyediakan dan memasak:

1. Cili masak dikisar bersama bawang putih, campur sedikit air.
2. Masukkan dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
3. Kemudian masukkan sos cili/tomato, gula dan cuka sesedap rasa dan kacau sehingga sos menjadi pekat.

Selamat mencuba. Dalam satu bulan puasa, boleh kata setiap minggu mesti ada menu nasi ayam dalam menu berbuka kami samada buat sendiri atau beli. So, kenapa nak beli bila dah ada resepinya yang mudah, kan?

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.