Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Dengan Sukatan Gram Lebih Sedap

Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Dengan Sukatan Gram. Kuih lapis adalah kuih tradisional kegemaran rakyat Malaysia dan seharusnya semua orang boleh buat. Cuma sedap atau tak sedap je, hihi

Dah lah disukai ramai, kuih lapis juga mudah nak buat dan kosnya murah. Sebab tu ramai yang berniaga kuih lapis untuk sarapan pagi atau minum petang. Ada banyak jenis kuih lapis, ada kuih lapis 2 warna, 5 warna, kuih lapis pelangi dan macam-macam bentuknya.

Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Dengan Sukatan Gram Lebih Sedap
Gambar dari blog Citarasawan

Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Dengan Sukatan Gram


Sebelum nak buat kuih lapis pelangi, saya nak bagitau yang resepi di bawah ini adalah daripada FB MAHN dan saya letak dalam blog ini. Ada beberapa cara dan tips yang boleh digunakan jika nak hasilkan kuih lapis pelangi paling sedap dan lemak berkrim.. hehe

Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Dengan Sukatan Gram Lebih Sedap

Bahan-bahan;

240 gm tepung beras
120 gm tepung gandum
240 gm gula
200 ml santan pekat
1 liter air
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen rose
1 sudu teh minyak jagung
perwarna, hijau, kuning, merah, pink, biru, ungu

Cara menyediakan dan memasak kuih lapis pelangi


1. Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak jagung, esen ros dan garam dan separuh air ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan tepung tidak berketul. Tambah baki air, kacau rata dan tapis.

2. Bahagikan aduanan kepada 7 bahagian dan warnakan setiap lapisan dengan warna yang berlainan.

3. Kukus lapisan pertama selama 5 minit dan di ikuti dengan warna lain ulangi proses melapis hingga habis.

4. Untuk lapisan yang terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi lebih kurang 20 minit.
Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Kuih lapis pelangi anda dah siap dan boleh di makan. Tapi kalau dah cantik sangat, sayang nak di makan kan? ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Nota;

1. Jika mahukan cepat dimakan, setelah kuih masak, rendam loyang dalam air sejuk supaya cepat hilang panasnya.. (hati-hati jangan sampai air masuk dalam kuih pulak)

2. Keluarkan dari pengukus dan biarkan sehingga kuih lapis pelangi benar-benar sejuk. Sebelum dipotong, lenser pisau dengan minyak terlebih dahulu atau gunakan pisang plastik.

3. Kalau guna minyak jagung dalam resepi, insya Allah kuih lapis anda tak melekat, boleh makan selapis demi selapis .. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Selamat mencuba.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.