Ikan Bawal Putih Masak Masam Manis Dengan Cara Mudah

Ikan Bawal Putih Masak Masam Manis Dengan Cara Mudah. Ikan bawal masam manis, antara resepi kegemaran si kecil saya yang sorang ni hah.. siapa lagi kita nak melayan makan kalau bukan yang ada di depan mata. Abang nya pula tiada disini, pun suka segala mak nenek sweet sour, daging, ayam atau ikan. Semua jadi kegemarannya jugak.

Bila tiba tempoh berkurung macam ni, ada lah masa memenuhi menu kegemaran anak-anak. Betul tak? Dan, kalau masak sweet sour, kita campak sikit hirisan nenas memang power.

Ikan Bawal Putih Masak Masam Manis Dengan Cara Mudah

Ikan Bawal Putih Masak Masam Manis Dengan Cara Mudah


Resepi Ikan Bawal Putih Masak Masam Manis 


Bahan-bahan:

3 ekor ikan bawal putih - dibersihkan
2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
5 tangkai cili hidup - potong kasar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya

Ikan Bawal Putih Masak Masam Manis Dengan Cara Mudah


1. Goreng ikan bawal putih yang disalut garam dan kunyit hingga garing. Ketepikan

2. Tumis bahan hiris seperti bawang, bawang putih, halia, cili hidup hingga naik bau. Kemudian masukkan asam keping. Kacau rata

3. Masukkan sos tomato dan sos cili. Gaul rata. Kalau pekat sangat boleh tambah sedikit air.

4. Perisakan dengan garam dan gula.

5. Akhir sekali masukkan ikan bawal putih yang telah digoreng tadi dan gaul semua sekali.

6. Siap untuk dihidangkan.

Ikan bawal putih masak sweet sour atau masam manis sedap dimakan dengan nasi putih panas dan dengan sayur sampingan yang ditumis. Kalau nak layan dengan masak lemak boleh juga, ikut kesukaan masing-masing.

Ikan Bawal Putih Masak Masam Manis Dengan Cara Mudah

Sayur sampingan untuk menu utama kami adalah bendi goeeng telur. Sebab itu je sayur yang ada dalam peti sejuk. Hhaha..


Nota:

1. Ada yang masak sweet sour masukkan nenas yang dihiris, pun sedap. Kalau nak masukkan tomato segar pun boleh, hiris ikut suka.

2. Boleh juga taburkan daun saderi atau daun sup sebagai hiasan. Makan lagi berselera. Hehe

3. Jika anda suka bahan-bahan tumisan yang dikisar pun boleh. Kalau nak hiris saja pun boleh.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.