Biskut Hazelnut Sedap Dan Ringkas

Biskut Hazelnut Sedap Dan Ringkas. Tak habis lagi saya kemaruk kongsikan resepi kuih raya. Kali ini nama biskut tersebut adalah Biskut Hazelnut. Kalau nak ubah suai guna kacang atau peanut butter pun boleh. Jadilah resepinya bernama Biskut mazola. Ya tak? Sorry kalau silap.., biskut mazola buat guna minyak jagung. Baru sedap.

Baiklah... biskut Hazelnut ni makan untuk buat sendiri boleh la, kalau nak ambil tempahan jadi mahal pulak harganya nanti... hihi

Biskut Hazelnut Sedap Dan Ringkas


Resepi Biskut Hazelnut Sedap Dan Ringkas


Bahan-bahan:

500 gram mentega
500 gram gula
250 gram kacang hazel hancur
150 gram tepung kastard
2 biji telur
600 gram tepung gandum

Cara Menyediakan Biskut Hazelnut Sedap Dan Ringkas



1. Pukul mentega dan gula hingga kembang

2. Kemudian, masukkan telur dan pukul rata.

3. Setelah itu, masukkan tepung kastard dan kacang hazel hancur. Kacau semula dalam masa 1 minit sehingga menjadi doh.

4. Ambil secubit doh tadi, bentukkan jadi bulat kemudian tekan dengan sudu garpu pada permukaannya.

5. Letakkan dalam dulang pembakar, dan bakar pada suhu 160 darjah Celcius selama 30 minit.

6. Setelah garing dan rangup, angkat dan hidang. Jangan lupa untuk simpan dalam balang yang kedap udara supaya tidak lemau.

Selamat mencuba ya kekawan.. kalau sudi boleh kongsikan dan backlink ke blog Kayoomanis.com ya...

Selamat mencuba.
Biskut Hazelnut Sedap Dan Ringkas Biskut Hazelnut Sedap Dan Ringkas Reviewed by aynora nur on Januari 22, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.