Cara Buat Epok-Epok Kentang Yang Amat Sedap Dan Kulit Rangup - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Ahad, 28 Januari 2018

Cara Buat Epok-Epok Kentang Yang Amat Sedap Dan Kulit Rangup

Cara Buat Epok-Epok Yang Amat Sedap Dan Kulit Rangup. Pernah dengar epok-epok? Tak pernah? Hihi.. nama legend dik non.. kalau tak pernah dengar anda mesti generasi baru milennium. Cuba google. Macam mana rupa epok-epok tu. Baiklah.. sebenarnya epok-epok tu nama lama kepada karipap. Karipap atau englishnya di eja currypuff.. maka datanglah nama baru epok-epok. Hihi..

Epok-epok ada beberapa bentuk. Ada yang dibuat bulat, separa bulat dan kalau yang malas.. nampak juga yang buat dalam bentuk tiga segi.

Cara nak klim karipap atau epok-epok pun ada seninya. Hanya jejari yang lembut je yang mampu kelim karipap. Haha... jangan mare..

Cara Buat Epok-Epok Yang Amat Sedap Dan Kulit Rangup
Epok-epok bentuk bulat.. maaf gambar sedikit blur

Cara Buat Epok-Epok Yang Amat Sedap Dan Kulit Rangup


Cara Buat Epok-Epok Yang Amat Sedap Dan Kulit Rangup

Bahan-bahan inti epok-epok:

6 biji kentang -racik halus
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 sudu makan udang kering - kisar
1 bungkus kecil serbuk kari daging adabi - kisar
5 tangkai cili kering - kisar
Daun sup secukupnya


Cara masak inti epok-epok:

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan garam dan gula secukupnya.

2. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu halus tadi. Tambahkan air biar semua kentang terendam. Biarkan hingga empuk. Masukkan daun sup bila dah masak dan cukup rasanya.

3. Biarkan sejuk.

Cara Buat Epok-Epok Yang Amat Sedap Dan Kulit Rangup


Bahan-bahan buat kulit epok-epok rangup:

1 bungkus @ 1 kg tepung gandum
2 cawan minyak masak panas
1 sudu makan planta
Sedikit air garam

Cara buat epok-epok inti kentang kulit rangup


1. Tuangkan minyak panas masak ke dalam tepung. Uli atas dulang besar lagi senang. Masukkan planta. Gaul rata. Biarkan seketika.

2. Uli dengan air garam sedikit demi sedikit hingga tepung di tangan dah tak lekat. Biar lembut doh, jangan terlalu keras. Nanti kulit tak rangup.

3. Bila dah siap uli, bulat-bulatkan kepada beberapa bahagian supaya senang nak lenyek dan ratakan dengan cawan atau mesin. Kalau guna cawan, lenyek atas dulang sampai tepung jadi nipis. Kalau tebal kurang rangup.

4. Tekap bulat-bulat kecil ikut ukuran mulut cawan atau gelas yang anda suka. Kalau nak buat separa bulatan pun boleh.. ikut suka anda.

5. Masukkan inti dalam kulit karipap dan kelim dengan teliti. Kalau tak rapat, nanti terbuka waktu di goreng.

6. Kemudian goreng dalam minyak yang terendam. Balik-balikkan untuk dapatkan epok-epok yang cantik kekuningan.

Gambar bawah .. Epok-epok yang sudah siap. Goreng hingga kekuningan dan angkat.

Cara Buat Epok-Epok Yang Amat Sedap Dan Kulit Rangup

Selamat mencuba resepi epok-epok kulit rangup dan inti kentang sedap dengan daun sup. Wow.. memang legend kuih epok-epok bulat ni. Budak-budak pun pelik tengok epok-epok bulat. Sebab biasanya nampak yang separuh bulat tu. Memang rare.. hihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan