Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Asam Pedas Ayam Ringkas Dan Sedap 

Resepi Asam Pedas Ayam Ringkas Dan Sedap. Ha... jangan pelik dengar asam pedas ayam ya.., tak pernah dengar ke? Kami di Johor dah biasa buat asam pedas ayam. Orang panggil ayam gulai kawah pun ada, ni cerita kat asrama la.. hihi..

Penyediaan asam pedas ayam sama seperti asam pedas ikan. Bahan-bahan asas sama saja, ada serai, halia, bawang merah, bawang putih, asam jawa dan sebagainya. Daun kesum? Nak letak boleh, tak letak pun tak apa. Ikut suka.

Resepi Asam Pedas Ayam Ringkas Dan Sedap 

Sumber: myresepi 

Resepi Asam Pedas Ayam Ringkas Dan Sedap
Gambar ehsan Siti Delima

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong 8@10@12)
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan
1 batang serai (dititik)
50gm daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara menyediakan asam pedas ayam mudah dan sedap



◎ Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih,  kunyit, halia dan belacan

◎ Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing

◎ Masukkan ayam, bunga kantan dan daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut

◎ Masukkan air asam jawa dan gaul sebati

◎ Masukkan pula garam. Gaul sebati

◎ Tambahkan air

◎ Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan)

Nota:


Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya. Ini lebih menyihatkan.

Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam ke dalam asam pedas ayam anda.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close