Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Karipap Ringkas Mudah Dan Kulit Rangup

Resepi Karipap Ringkas Mudah Dan Kulit Rangup. Karipap ringkas dan kulit rangup. Itu memang kriteria utama yang saya cari kalau nak beli karipap. Adakala beli karipap tapi inti dia, sikit sangat.. tak berbaloi dengan harga dan bentuknya.. hihi, senang citer, kita buat sendiri. Buat sekilo terus kemudian simpan dalam freeze. Bila nak makan baru goreng. Kan?

Dari pengamatan saya, nak buat karipap kulit rangup ni mudah aje. Pertama, ada kepakaran menguli (??), dan kemudian campuran minyak panas dalam pembuatan kulit karipap tu. Insyaa Allah, kulit karipap anda rangup sesedap rasa..

Resepi Karipap Ringkas Mudah Dan Kulit Rangup

Resepi Karipap Ringkas Mudah Dan Kulit Rangup


Bahan-bahan:

Untuk kulit:

1 kilo tepung gandum
4 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan)
Sedikit air
Sedikit garam & gula

Cara membuat kulit karipap:


Semua bahan dicampur dan ketika minyak masak masih panas, uli tepung terus hingga menjadi doh. Jangan terlalu keras atau lembik, biarlah yang sederhana.


Untuk Inti:
(Semua bahan dikisar)

6 biji kentang bersaiz besar - di potong dadu
1 paket kecil kari daging - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Ikan bilis - ikut citarasa - dikisar
5 batang daun sup (dipotong halus)


Cara Membuat Inti Karipap Ringkas:


1. Semua bahan di atas dikisar kecuali daun sup dimasukkan setelah inti masak.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar tadi.
3. Masukkan sedikit garam dan gula ikut selera sendiri
4. Setelah kentang empuk, masukkan daun sup dan kacaukan.
5. Setelah sejuk, barulah digunakan.

Resepi Karipap Ringkas Mudah Dan Kulit Rangup


Boleh buat karipap menggunakan acuan yang ada dipasaran atau 'klim' sendiri menggunakan jari jemari anda...ikut suka..hihi

Akhir sekali saya nak share cara nak buat supaya karipap kita tak terbuka kelimnya.., yang tepi kulit tu nak buat dia rapat. Caranya ialah dengan sapu air masak ditempat kita nak kelim itu. Samada anda nak guna tangan atau guna acuan karipap, anda boleh sapukan air masak di tempat nak kelim tu.. (faham tak ni? macam berbelit pulak..)

Insyaa Allah kulit karipap jadi rapat semasa digoreng. Jangan lupa goreng karipap anda dengan minyak yang penuh dan api sederhana. Jika api besar, takut kulit dalamnya kurang masak.

Selamat mencuba..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close