Cara Buat Kek Batik Terbaik Dan Rangup Sukatan Cawan - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Rabu, 7 Februari 2018

Cara Buat Kek Batik Terbaik Dan Rangup Sukatan Cawan

Cara Buat Kek Batik Terbaik Dan Rangup Sukatan Cawan. Pertama kali makan kek batik bila adik ipar buatkan. Makan ramai-ramai. Memang sedap. Kemudian balik rumah si bujang mintak buatkan sebab makan tak puas. Saya pun cuba buat seperti yang diajarkan. Tetapi.. tak sedap. Kata si bujang. Hasilnya terperap kek batik tu dalam peti sejuk. Lama-lama saya bagi kawan kat office, okay je.. iya lah, citarasa berbeza.

Info kek batik;

Ada macam-macam gaya dan kreativiti kek batik yang pernah dihasilkan. Ada yang campur kacang tanah, ada yang letak nestum, ada yang bubuh cheese, ada yang masukkan perisa vanila dan macam-macam lagi. Tapi bagi saya, lagi simple lagi sedap. Tak perlu nak complicated sangat bahan-bahannya.


Resepi Kek Batik Terbaik Dan Rangup Sukatan Cawan


Cara Buat Kek Batik Terbaik Dan Rangup Sukatan Cawan

Anggaran resepi kek batik nestum di bawah nanti adalah untuk hidangan 10 orang. Banyak tu..

Bahan-bahan:

1 tin susu pekat manis
2 sudu makan gula
1 cawan nestum
2 cawan milo
1 cawan kacang tanah goreng - ditumbuk kasar
1 bungkus biskut marrie (setiap keping dipatah enam)

Cara Buat Kek Batik Terbaik Dan Rangup Sukatan Cawan


1. Panaskan kuali
2. Masukkan butter dan biarkan cair seketika. Kemudian masukkan susu pekat manis dan gula. Gaul rata.
3. Masukkan nestum, Milo, kacang dan biskut marrie. Kacau lagi hingga rata.
4. Simpan dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
5. Sedia untuk dimakan.

Cara Buat Kek Batik Terbaik Dan Rangup Sukatan Cawan

Dah siap pun hidangan kek batik nestum rangup dan terbaik sukatan cawan yang saya kongsikan. Ini semua resepi dari mak cik saya. Sedap sungguh masa makan kat rumah dia ketika beraya sedikit masa lalu. Semoga resepi yang dikongsikan dapat memberi manfaat bersama.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan