Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Kuih Lopes Pulut Yang Ringkas

Cara Buat Kuih Lopes Pulut Yang Ringkas. Kuih muih tradisional melayu ada banyak, anda sebut saja semua ada kat negara kita ni. Ada juga kuih muih yang dimodenkan tetapi masih mengekalkan bahan asasnya. Dalam banyak-banyak kuih tradisional, ada beberapa kuih yang jarang dimasak kerana kesesuaiannya yang jarang muncul dalam majlis tertentu. Yang saya maksudkan adalah kuih lopes. Berbanding kuih karipap dan donat, kuih lopes jarang dihidangkan dalam acara rasmi. Mungkin kerana set makannya yang berkuah menyebabkan ia kuih yang kurang popular. Ada pula yang anggap kuih lopes sama dengan kuih lapis. Ia amat berbeza ya.. kuih lopes daripada pulut atau ubi manakala kuih lapis pakai tepung gandum. Kuih lapis berwarna warni, minima 3 lapis. Manakala kuih lopes tidak berlapis. Haha..

Cara Buat Kuih Lopes Pulut Yang Ringkas

Cara Buat Kuih Lopes Pulut Yang Ringkas


Bahan-bahan:

600 gram pulut
3 cawan air
1 biji kelapa
300 gram gula merah (dimasak)
Pewarna hijau
Daun pisang

Cara buat lopes pulut yang ringkas


1. Pulut rendam semalaman. Kemudian di tanak sehingga masak, letakkan pewarna hijau jika suka

2. Bungkus dengan daun pisang

3. Kukus hingga masak

4. Selepas itu, potong dan gaul dengan kelapa.

Cara Buat Kuih Lopes Pulut Yang Ringkas

Sedap dimakan bersama air gula melaka (yang telah dimasak.)

Selamat mencuba resepi kuih lopes pulut yang ringkas ini.


Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Lama tak makan kuih lopes ni . Kesedapan kuih lopes ni bagi CCL terletak pada air gulanya . Lagi pekat lagi sedap

    ReplyDelete

close