Namun jangan jadikan ia sebagai penghalang minat anda untuk memasak terutamanya untuk memberi yang terbaik buat keluarga tersayang.
Apa kata anda ikuti tips yang saya kongsikan di bawah tentang cara menghias ruang dapur agar jadi lebih luas. Nampak lebih luas. Insyaa Allah..
Hiasan Ruang Dapur Nampak Lebih Luas
Ada beberapa cara nak hias ruang dapur agar kawasan memasak nampak lebih luas.
1. Gunakan warna putih
Untuk persekitaran dapur anda nampak lebih luas, gunakan warna tema putih untuk ruang dapur. Maksudnya, beli perabut dapur yang berwarna putih.

Tapi kelemahannya, ruang dapur anda cepat kotor. Hahha.. kena rajin mop dan lap lantai serta kabinet selepas digunakan. Tak boleh malas-malas dah...
2. Simpan barang yang tak digunakan
Lagi satu, simpan barang yang tidak digunakan di dalam laci yang bertutup. Jadi, kawasan dapur nampak kemas dan lebih lapang.
3. Gunakan rak simpanan jenis terbuka

Seterusnya untuk ruang dapur nampak luas, gunakan rak simpanan jenis terbuka. Rujuk gambar di atas. Nampak minima dan luas. Setuju ke?
4. Maksimakan ruang pada dinding
Last sekali, anda mungkin boleh maksimakan ruang pada dinding. Maksudnya, jangan ada yang diletak di atas lantai atau meja masak di dapur. Jika ada barang di dapur seperti blender, gula, bekas tepung dan sebagainya.. boleh buat rak tambahan di dinding
Semoga bermanfaat. Jika anda ada cadangan lain, boleh kongsikan cara hias ruang dapur nampak lebih luas di bahagian komen.
0 Ulasan