Kuih Bakar Santan Yang Sedap Sukatan Cawan

Kuih Bakar Santan Yang Sedap Sukatan Cawan. Kuih bakar? Atau anda ada panggilan lain yang lebih popular? Ada juga yang panggil kuih kemboja. Apa pun namanya, bentuknya hampir sama iaitu warna hijau dan di atasnya ada bijan. Kebiasaannya orang buat bentuk bulat macam bunga. Jarang pulak yang buat bentuk 4 segi, tetapi boleh aje.. tak ada hal pun.. acuan kuih bakar lebih kurang sama macam kuih bahulu..

Rupa bentuk kuih bakar santan atau kuih kemboja adalah seperti di bawah...

Kuih Bakar Santan Yang Sedap Sukatan Cawan

Resepi Kuih Bakar Santan Yang Sedap Sukatan Cawan 


Resepi di bawah saya kongsikan dari blog yatie memories dan siarkan semula di blog untuk rujukan bersama. Anda boleh melawat blog tersebut untuk koleksi resepi yang lain.

Bahan- Bahan


1 cawan gula
1 cawan jus pandan (boleh kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cawan air dan tapiskan)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1 tin santan = 450 ml)
2 sudu besar mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
bijan

Cara-Cara menyediakan kuih bakar santan yang sedap


1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.

2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dalam 5 minit terakhir).

Kuih Bakar Santan Yang Sedap Sukatan Cawan
Bahagian kulit luar yang garing lagi sedap!!

Makan kuih bakar santan ni yang sedapnya bila ada yang garing dan hitam pada hujung atau bawah kuih tu. Memang yummy la!!
Kuih Bakar Santan Yang Sedap Sukatan Cawan Kuih Bakar Santan Yang Sedap Sukatan Cawan Reviewed by aynora nur on Mac 04, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.