Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kuih Serabai Warisan Yang Enak

Kuih Serabai Warisan Yang Enak. Kuih serabai? Pertama kali dengar memang pelik. Kenapa serabai nama kuih tu, atau bentuk nya yang serabai. Tetapi bila buat carian di Google, kuihnya tak lah serabai sangat. Hihi.. agak unik nama kuih ni.

Mengikut info, kuih serabai biasanya sering dihidangkan ketika kenduri tahlil di Melaka. Rasanya manis buah dan lemak. Macam lempeng manis, tetapi rasa macam apam pun ada...

Kuih Serabai
adalah kuih tradisi masyarakat Pulau Pinang. Kuih ini bukan saja pilihan masyarakat Melayu tetapi digemari oleh semua kaum. Ia adalah hidangan sarapan pagi yang amat mengenyangkan. Kuih ini biasanya di makan atau di cicah dengan kaya jenis mudah dan sering-kali juga masa musim durian dicampur dengan isi durian atau serawa durian terutama durian dari Balik Pulau yang terkenal. - carian dari Google

Resepi Kuih Serabai Warisan Yang Enak


Kuih Serabai Warisan Yang Enak

Bahan-bahan:

500 gram tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
4 cawan santan pekat
Garam dan gula
Sedikit minyak masak

Bahan kuah:

400 ml santan pekat
500 gram gula
100 gram gula merah
3 sudu kecil tepung jagung - campur sedikit air sebagai agen pemekat
2 helai daun pandan


Cara menyediakan Kuih Serabai Warisan Yang Enak


1. Masukkan 2 sudu besar tepung beras dan satu cawan air di dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga sebati seperti bubur, sejukkan.

2. Kisar tepung beras, tepung gandum, santan dan bubur sehingga halus

3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan sebatikan adunan. Perap selama 3 jam.

4. Panaskan acuan, sapukan dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan. (kalau tak ada acuan kuih serabai, gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable). Liserkan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas.

5. Tutup permukaan acuan dan kecilkan api. Masak selama 5 minit.

6. Untuk kuah: satukan kesemua bahan kuah di dalam periuk. Masak sehingga likat.

7. Hidangkan kuih serabai bersama kuah.

Selamat mencuba kuih tradisi iaitu kuih serabai yang seakan dilupakan oleh masyarakat zaman ni..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close