Makaroni Keju Berkrim Dengan Cendawan Butang - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Khamis, 1 Mac 2018

Makaroni Keju Berkrim Dengan Cendawan Butang

Makaroni Keju Berkrim Dengan Cendawan Butang. Saya tak pernah lagi share resepi western dalam blog ini rasanya.. sesekali nak juga ada kelainan. Ya tak? Asyik makan citarasa kita, resepi kampung.. kali ni marilah cuba resepi makaroni keju berkrim dengan cendawan butang. Tajuk memang panjang tapi bahan-bahan semua best, anda pasti kenal. Hihi..

Makaroni Keju Berkrim Dengan Cendawan Butang


Kalau namanya western food, mesti ada letak sedikit daun bay dan keju cheddar. Kenalkah anda dengan daun bay atau bayleaf? Dalam bahasa melayu dipanggil daun salam. Cuba tenung gambar di bawah ni..


Daun Bay boleh tahan mahal juga, dijual dalam bentuk daun kering dan boleh didapati di Tesco, Jusco ataupun Giant.

Makaroni Keju Berkrim Dengan Cendawan Butang


Bahan-bahan:

300 gram makaroni
1 labu bawang besar - cincang
1 labu bawang putih - cincang
1 tin cendawan butang - cincang
1 helai daun bay
1 cawan mentega
1 cawan tepung gandum
1 liter susu krim UHT
400 gram keju cheddar - diparut
Sedikit rempah mix herbs
Garam dan lada hitam

Cara menyediakan Makaroni Keju Berkrim Dengan Cendawan Butang


1. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Gaul sebati untuk dijadikan roux sebagai bahan pemekat kuah. Ketepikan.

2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bahan cincang seperti bawang besar dan bawang putih, cendawan butang serta daun bay. Tumis hingga wangi.

3. Masukkan bahan pemekat, susu krim UHT, mix herbs, garam dan lada hitam secukup rasa. Kacau sebati sehingga pekat.

4. Masukkan makaroni dan keju cheddar. Kacau sebati.

5. Tuang bahan ke dalam acuan. Tabur sedikit keju di atasnya. Bakar dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 180 darjah celsius.

Makaroni Keju Berkrim Dengan Cendawan Butang
Gambar hiasan
Selamat mencuba. Makaroni keju berkrim dengan cendawan butang sedap dimakan ketika panas, sebab kalau dah sejuk keju tu dah tak cair.. jadi keras sikit. Dah tak berapa sedap. Tapi, boleh je disimpan kemudian panaskan semula bila nak makan. Mudah je, kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan