Resepi Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Rabu, 21 Mac 2018

Resepi Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap

Resepi Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap. Resepi ikan siakap yang sedap di bawah nanti adalah koleksi daripada blogger masakan yang banyak di internet. Ada resepi yang saya ambil dari Azie Kitchen, Yatie Memories, Azlita Masam Manis, En Mat Gebu dan ramai lagi. Tetapi oleh kerana ada stok ikan siakap yang banyak kat rumah ni.. saya nak cari pelbagai resepi ikan siakap yang sedap-sedap dan mudah. Nak tanya lah.. ikan siakap sedap ke masak sup? Tak pernah dengar pulak.. hihi

Tiga rasa ni apa bahan utamanya? Nak tahu ke? Kalau ikut pengalaman saya, 3 rasa tu datangnya dari sos yang dimasak iaitu campuran sos tomato, sos cili dan sos plum. Perahkan jus lemon lagilah sedap. Hiasannya letak daun ketumbar. Haishh.. sedapnya aroma daun ketumbar bila tergigit dengan ikan siakap goreng dan sos-sosnya. Kan??

Resepi Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap

Oleh: Azie Kitchen

Resepi Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap
Gambar hiasan - Resepi Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap
Bahan bahan:

1 ekor ikan siakap - (di goreng dengan inyak yang penuh)
2 sudu besar minyak - untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:

1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
Sedikit daun ketumbar - sebagai hiasan

Bahan-Bahan Sos: 

2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos plum - guna sos ikan
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar jus limau nipis/lemon
1 sudu kecil kicap manis

Cara menyediakan ikan siakap goreng 3 rasa yang sedap


1. Goreng ikan siakap dengan dilumur garam dan kunyit terlebih dulu dan digoreng garing.

2. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.

4. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, dan garam secukup rasa.

5. Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. Hiaskan dengan daun ketumbar, jika suka.

6. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas.

Begitulah resepinya siakap goreng 3 rasa yang sedap. Sedap dimakan dengan nasi putih dan ada kuah tomyam sayur atau kailan goreng biasa. Itu pun dah cukup menyelerakan..

Selamat mencuba ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan