Resepi Telur Goreng Masak Kicap Dengan Soo Hoon Paling Mudah

Resepi Telur Goreng Masak Kicap Dengan Soo Hoon Paling Mudah. Telur masak kicap adalah menu paling popular sewaktu bersahur. Selain sedap, ia juga mudah disediakan dan cepat. Kalau rasa-rasa dah terlewat bangun sahur, cepat-cepat panaskan kuali dan buat telur mata lembu (???). Kemudian hiriskan bawang, bawang putih dan cili. Tambah kicap. Haa.. siap.

Rupanya bukan saya aje yang suka makan telur masak kicap.. my friend pun sama. Telur masak kicap adalah lauk emergency yang semua orang boleh sediakannya...


Resepi Telur Goreng Masak Kicap Dengan Soo Hoon


Bahan-bahan:

5 biji telur, digoreng mata kerbau (atau ada yang sebut mata lembu....)
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
1 inci halia, dihiris
Sedikit soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 cawan air
1/2 cawan kicap manis (kesukaanku Jalen)
1/2 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh cuka makan
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara menyediakan Telur Goreng Masak Kicap Dengan Soohoon Paling Mudah 


1. Telur telah digoreng, asingkan.

2. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili merah serta halia. Bila bawang dah layu, masukkan kicap dan air masak. Masukkan juga sos tiram, serbuk lada hitam dan cuka.

3. Masukkan soo hoon. Kacau-kacaukan. Last sekali masukkan telur goreng mata tadi.

4. Taburkan daun bawang di atasnya sebagai hiasan. Siap untuk dimakan

Selamat mencuba resepi telur masak kicap dengan soo hoon. Kongsikan jika suka...


Terima kasih kerana membaca Resepi Telur Goreng Masak Kicap Dengan Soo Hoon Paling Mudah

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Telur Goreng Masak Kicap Dengan Soo Hoon Paling Mudah "

Post a Comment