Resepi Bubur Nangka Dengan Sagu Biji

Resepi Bubur Nangka Dengan Sagu Biji Yang Sedap. Satu lagi hidangan bubur yang saya suka makan dalam bulan ramadan adalah bubur nangka. Saya memang kurang gemar makan nangka sebab takut kena sakit ulu hati, angin satu badan. Tapi kalau dibuat bubur nangka saya tak ada masalah, boleh makan seberapa banyak pun..

Bubur nangka kenalah guna nangka masak ya sayaang semua.. kalau guna nangka mentah dah jadi sayur lemak nangka nanti.. Hehe

Resepi Bubur Nangka Dengan Sagu Biji Yang Sedap

Resepi Bubur Nangka Dengan Sagu Biji Yang Sedap


Nangka juga adalah salah satu buah-buahan tempatan yang semakin sukar didapati sekarang ni. Bila tanah dan kebun semakin berkurangan, pokok-pokok berdahan besar seperti nangka dah kurang ditanam. Hmm.. Tak tau nanti masa akan datang, anak-anak kita kenal atau tidak akan buah tempatan yang sedap ini iaitu buah nangka atau jack fruit.


Bahan-bahan:

20 ulas isi nangka yang di siat siat nipis
2 cawan gula melaka
1 cawan gula pasir
1 cawan sagu di rendam sehingga lembut dan di toskan
2 helai daun pandan
Santan pekat dari 1 biji kelapa
1 liter air
Secubit garam

Cara-cara menyediakan bubur nangka

Resepi Bubur Nangka Dengan Sagu Biji Yang Sedap
Gambar hiasan
  1. Masukkan gula melaka dan juga gula pasir ke dalam periuk yang berisi.
  2. Masukkan juga daun pandan yang di simpul ke dalam periuk.
  3. Masakkan sehingga air mendidih dan gula hancur.
  4. Bila gula telah hancur dan air telah mendidih, masukkan sagu dan masak sehingga kembang.
  5. Kemudian masukkan santan pekat dan juga isi nangka yang telah disiat2 nipis.
  6. Masukkan secubit garam untuk lemak kan sedikit pengat.
  7. Gaul rata dan perasakan. Kalau kurang manis tambahkan sedikit lagi gula.
  8. Masak sehingga agak2 nangka lembut boleh di matikan apinya.
Selamat mencuba.

Resepi bubur atau pengat nangka dengan sagu biji ni memang selalu dimasak oleh nenek sebelah suami. Sedap dan lemak manis rasanya. Lepas tu ada bau daun pandan lagi.. harum je..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.