Resepi Ayam Masak Lemon Yang Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Rabu, 9 Mei 2018

Resepi Ayam Masak Lemon Yang Sedap

Resepi Ayam Masak Lemon Dan Herba. Resepi yang menyihatkan lagi sedap dimakan. Untuk anda yang sedang membuat program diet, menu ini amat sesuai kerana ia menggunakan teknik bakar. Kemudian ada campuran minyak zaitun dalam masakan. Memang bagus sekali..

Nak tahu resepinya? Jom cuba ikuti langkah demi langkah di bawah.

Resepi Ayam Masak Lemon Dan Herba


Bahan-bahan:

5 ketul ayam
1/4 cawan minyak zaitun
1 biji lemon (separuh ambil jusnya, dan separuh lagi hiris bulat)
1sudu kecil lada hitam (jenis yang kisar kasar)
1 sudu kecil dried Italian seasoning (ada jual kat pasaraya. Ini campuran basil, marjoram, oregano, rosemary & thyme)
1/2 sudu kecil dried rosemary
1/2 sudu kecil dried thyme
4 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang merah besar (potong bulat)
1sudu kecil gula
1 1/4 sudu kecil garam

kentang, lada benggala dan lobak merah (potong kecil) - kalau suka

Resepi Ayam Masak Lemon Yang Sedap
Gambar hiasan 

Cara-cara buat ayam masak lemon dengan herba


1. Sediakan loyang yang sesuai. Letak sedikit minyak zaitun. Letakkan ayam atas loyang tersebut.

2. Selit-selitkan kentang dan lobak merah. Masukkan garam, gula, jus lemon, lada hitam, Italian seasoning, rosemary, thyme dan bawang putih. gaul sebati dengan ayam.

3. Akhir sekali tabur bawang merah dan hirisan lemon atas ayam. Tuang habis minyak zaitun yang berbaki.

4. Panaskan oven 200 darjah. Masukkan ayam tadi dan bakar selama 50-60 minit. Sehingga ayam masak.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan