Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Yang Ringkas - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Selasa, 13 Mac 2018

Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Yang Ringkas

Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Yang Ringkas. Kek kukus pisang sudah menjadi hidangan pencuci mulut yang biasa di kampung saya. Selain mudah disediakan, kosnya jauh lebih murah jika anda nak beli makanan atau dessert lain yang agak mahal. Lagipun orang kampung kami memang suka kek yang lembut dan mudah dikunyah, almaklum.. ramai yang sudah agak berusia. Ibu saya akan menyediakan kek pisang kukus banyak-banyak bila ada kenduri kesyukuran. Buat satu loyang dah boleh makan ramai-ramai.

Tapi oleh kerana kami dah biasa sangat makan kek pisang, samada kukus atau bakar, maka jadilah kek pisang tu tak berusik hingga di makan semut. Maka, kalau nak makan dan ada yang mengidam, baru lah ibu saya akan buatkan.. hihi

Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Yang Ringkas

Kalau nak buat kek pisang, lebih elok guna pisang yang manis dan yang comel-comel tu. Pisang emas dan pisang 40 hari pun bagus..

Pisang 40 hari murah sikit harganya berbanding pisang mas. Tapi kedua-dua pisang ni memang comel dan manis.

Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Yang Ringkas


Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Yang Ringkas

Bahan-bahan:

1 cawan pisang lenyek - pisang emas
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam @ secubit


Cara menyediakan kek pisang kukus sukatan cawan yang amat mudah


1. Panaskan 1 cawan air dengan 1 cawan gula dalam kuali sampai hangus atau kecoklatan. Jadikan macam karamel.

2. Masukkan gula hangus tadi, santan, pisang lenyek, tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat satu persatu dalam satu bekas. Gaul sebati. Last sekali masukkan garam. Untuk seimbang rasa manis lemak.

3. Kukus selama 40 minit.

4. Cucuk dengan lidi atau garpu jika nak tahu kek pisang anda dah masak atau belum.

5. Kek pisang kukus sukatan cawan anda dah siap untuk dihidangkan.

Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Yang Ringkas

Makan panas-panas sedapnya. Waktu paling best bila anda buka penutup kukusan, kek pisang naik gebu.. dengan wap lagi. Rasa macam tukang masak profesional.. haha

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan