Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Mudah - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Selasa, 24 April 2018

Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Mudah

Memasak adalah terapi. Dengan memasak hubungan kita dengan ahli keluarga semakin rapat, banyak aktiviti boleh dilakukan bersama dan makanan lebih berkat. Makanan lebih teratur dan menyihatkan. Memasak untuk keluarga menyebabkan kita berusaha memasak dengan bahan yang sihat dan segar. Oleh itu, saya datangkan resepi mudah Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Padi. 

Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Mudah

Nak lebih sihat, bersihkan ayam tu.. buang kulitnya sekali. Jadi takda lah bertambah lemak tepu dalam badan nanti. Kulit ayam banyak lemak. Lebih baik buang semua yang berlemak dalam ayam tu, ...

Nak masak lemak cili padi, untuk jadikan masakan itu lebih sedap, saya akan campurkan sedikit ikan bilis dalam bahan kisarnya. Ia jadikan ayam masak lemak cili padi anda lebih sedap dan lazat.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Mudah


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - di potong sederhana
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
15 tangkai cili padi - dikisar
2 inci halia - dikisar
2 sudu teh kunyit serbuk - dikisar
1 sudu kecil ikan bilis - dikisar
1 keping asam keping
2 batang serai - dititik
1 kotak santan
Air secukupnya
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Mudah


Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Mudah

1. Tumis bahan kisar dan serai yang dititik tadi hingga naik baunya.

2. Masukkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam dan asam keping. Tutup kan periuk. Biar ayam empuk.

3. Setelah itu, masukkan santan. Perisakan dengan gula, garam dan bahan perisa jika suka.

4. Tutup api jika ayam masak cili padi tu dah masak.

5. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih.

Semoga cara mudah masak ayam lemak cili padi tadi dapat memberikan manfaat kepada anda diluar sana yang fikir masak resepi ni susah. Masak seikhlasnya untuk keluarga. Selamat memasak ya.. ♡♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan