Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup

Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup. Mari tengok resepi kesukaan ramai iaitu ayam goreng ala mamak, yang rangup dan spicy. Cara nak buat pun tak susah, cuma perap dengan bahan tertentu dan goreng. Bahan utamanya tentulah ayam.. hihi

Ayam goreng mamak ni sedap makan dengan nasi panas dan juga nasi berlauk. Orang panggil nasi campur.. kalau pegi kedai mamak, anak-anak tak makan lauk lain, maka berilah lauk ayam goreng mamak. Pasti jalan selera dia..
Ay

Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup


Bahan-bahan:

1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari

Bahan kisar:
6 ulas bwg putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara menyediakan ayam goreng mamak rangup




1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak

3. Boleh juga taburkan daun kari untuk lebih wangi baunya.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close