Resepi Pulut Mangga Thai Special

Resepi Pulut Mangga Thai Special - Sejak dapat rasa pulut mangga yang dibeli dari Tesco, saya terus cari resepi dan bercadang nak buat sendiri pulut mangga ni. Kalau beli satu bekas plastik kecik harganya dah RM7.00. Kalau buat sendiri, mesti boleh makan berkali-kali, ya tak?

Paling suka bila buat sendiri, pulut kasi masak betul-betul, bagi lembut. Santan kasi pekat sikit, baru kebabom!!

Resepi Pulut Mangga Thai Special
Sumber gambar daripada Facebook


Resepi Pulut Mangga Thai Special 


Bahan-bahannya :

● Bahan-bahan untuk pulut mangga
● 400 gram beras pulut, rendam semalaman
● 1 cawan santan pekat
● 1 cawan santan cair
● 2-3 sudu besar gula
● sedikit garam
● beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
● 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
● 3 biji mangga

Bahan untuk kuah santan:

● 1 cawan santan pekat
● 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
● 1 helai daun pandan, carik dan simpul
● garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara menyediakan Pulut Mangga Thai Special


Cara-cara untuk pulut:

1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.

2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.

3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.

4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.

5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

Cara-cara untuk kuah santan:

1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.

2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.

Selamat mencuba resepi pulut mangga Thai yang special ini. Anda yang buat, anda boleh ubahsuai jumlah manis, masin dan lembut pulut yang anda masak. Kalau tak suka manis, kurangkan gula dalam santan atau dalam pulut.


Terima kasih kerana membaca Resepi Pulut Mangga Thai Special

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Pulut Mangga Thai Special "

Post a Comment