Resepi Sotong Masak Kari Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Khamis, 5 April 2018

Resepi Sotong Masak Kari Sedap

Resepi Sotong Masak Kari. Sotong masak sambal tumis dah biasa, sotong goreng tepung pun biasa kita buat. Kali ini saya nak kongsikan resepi sotong masak kari, yang pasti sedap hingga menjilat jari.

Sotong masak kari sama seperti kita masak kari ayam atau daging, cuma biasanya saya akan guna kari ikan untuk masak kari sotong. Kalau masak kari daging atau ayam, kita guna kari daging. Kalau tersalah guna serbuk kari, rasanya tak sedap. Memang lain..

Resepi Sotong Masak Kari


Resepi Sotong Masak Kari
GAMBAR SOTONG MASAK KARI DARI GOOGLE

Bahan-bahan:

10 ekor sotong - bersihkan dan masukkan balik kepala dan toskan
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
1 cawan santan pekat
5 sudu makan kari ikan
1 biji tomato
1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
2 sudu makan sos tomato
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan tumis:

1 batang kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1/2 labu bawang besar di hiris
2 biji bawang merah di hiris
1 biji tomato didadu
1 biji bawang putih di hiris
1 sudu teh halba campur


Resepi Sotong Masak Kari 


Resepi Sotong Masak Kari

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah. 


2. Panaskan minyak dan masukkan halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.


3. Masukkan pula buah tomato yang telah didadu. Biarkan sebentar.

4. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air, kacau selalu dan kecilkan api.

5. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.

6. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan.

7. Apabila santan mendidih masukkan pula sotong.

8. Jangan masak sotong terlalu lama, bila mendidih masukkan pula jus asam jawa dan rasa dulu garam barulah di padamkan api. 

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan