Resepi Sotong Masak Lemak Cili Padi - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Isnin, 23 April 2018

Resepi Sotong Masak Lemak Cili Padi

Resepi Sotong Lemak Cili Padi. Haish.. sedapnya sotong masak lemak cili padi. Lembut juicy rasanya, ada pedas dan berlemak. Kalau bulan puasa makan waktu sahur tak boleh ni, nanti mengantuk pada waktu siangnya. Hihi...

Sotong antara makanan laut kegemaran saya, berbanding udang. Sebab, udang leceh nak kopek kulitnya.. dan isinya pun ciput aje. Kalau sotong masak apa pun sedap, sotong goreng tepung lagi sedap..

Resepi Sotong Lemak Cili Padi


Bahan-bahan:

300 g sotong ( di bersihkan dan di potong-potong)
10 -15 cili padi (ikut kepedasan yang diingini ) – dikisar
1 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 batang serai (di kisar)
1 biji buah tomato (di kisar)
2 inci kunyit - dikisar @ 1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar santan pekat atau susu cair
garam secukup rasa
gula secukup rasa
perasa ( optional )
minyak untuk menumis

Resepi Sambal Sotong Lemak Cili Padi
Gambar dari Google

Cara Penyediaan Sambal Sotong Lemak Cili Padi

1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga kering air dan pecah minyak.
2. Masukkan susu cair atau santan, garam, gula dan perasa ke dalam bahan tumisan.
3. Kacau rata dan masak lagi hingga betul- betul kering airnya.
4. Masukkan sotong dan sesuaikan rasa. Bila sotong masak bolehlah di angkat dan dihidangkan

Mudah saja resepi sotong masak lemak cili padi. Oleh kerana sotong adalah sejenis makanan laut, saya biasanya masukkan asam keping untuk hilang kan bau hanyir dalam masakan. Boleh juga masukkan serai untuk bau yang lebih harum.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan