Petua Halang Minyak Jadi Hitam Selepas Menggoreng - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Jumaat, 25 Mei 2018

Petua Halang Minyak Jadi Hitam Selepas Menggoreng

Petua Halang Minyak Jadi Hitam Selepas Menggoreng. Apa khabar anda hari ini? Hari ni ruang resepi tak berasap ya, sebab saya nak share tentang petua di dapur. Petua ringkas yang boleh dijadikan panduan kita untuk berjimat cermat, jika boleh.

Kalau anda ada petua yang sesuai dan mahu dikongsikan di kayoomanis.com, anda boleh tulis di ruangan komen. Terima kasih kerana menyokong blog resepi ini sebagai salah satu rujukan dan medan informasi resepi anda.

Petua Halang Minyak Jadi Hitam Selepas Menggoreng


Kebiasaannya, minyak menjadi hitam selepas digunakan. Jadi untuk menghilangkannya, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan goreng anda. Asam tadi akan menyerap hitam yang ada di dalam minyak dan hasilnya, anda dapat mengguna minyak itu beberapa kali.

Petua Halang Minyak Jadi Hitam Selepas Menggoreng

Selain asam gelugur, anda juga boleh gunakan halia yang dihiris nipis. Masukkan sekali ketika anda mahu menggoreng.

Tapi perlu diingat, minyak bekas gorengan yang dah diguna beberapa kali sudah tidak elok digunakan lagi. Tetapi jika diguna untuk dua kali gorengan dan minyak masih elok, apa salahnya. Lagipun sekarang ni harga minyak masak pun dah naik mencanak. Kena berjimat cermat gamaknya.

Pesan dari saya, berhati-hati di dapur. Kerana malang tidak berbau. Saya sendiri pernah mengalami kebakaran kecil di dapur, tetapi tidak lah mencederakan..

Sekadar mengingatkan. Jumpa lagi, bye!@😊😊😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan