Resepi Asam Pedas Daging Tetel Terbaik! - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Rabu, 23 Mei 2018

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Terbaik!

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Terbaik! Ada yang suka daging tetel? Ada orang tak suka sebab banyak lemak.. tapi makan sekali sekala apa salahnya. Saya suka makan dekat satu restoran pak cik ni, dia punya daging tetel asam pedas punyalah sedap! Memang kaww..

Bila google resepi daging tetel, saya terjumpa resepi asam pedas daging tetel ni yang memang viral. So, saya share kat sini untuk rujukan sendiri. Jika anda suka, boleh share juga ya..

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Terbaik!
Gambar hiasan

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Terbaik


Bahan-bahan:

1 kg daging tetel
15 @ 20 tangkai cili kering*
Bawang merah kecik 4 biji *
Bawang putih 5 ulas*
Halia 1 inci*
Lengkuas 1 inci *
Kunyit hidup 1 inci *
Belacan 1 inci *
1 sudu kecil lada hitam *
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka (guna sikit je, supaya tak manis sangat)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 batang serai ketuk

Cara-caranya:

1. Rendam dalam air panas cili kering, jintan & lada hitam

2. Kisar bahan-bahan bertanda * sehingga halus

3. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang di kisar tadi sampai garing

4. Masukkan daging tetel.. masak sampai keluar air daging tadi

5. Masukkan air asam jawa, serai yang diketuk dan daun limau purut

6. Rasakan dengan garam dan gula melaka.. masak sampai daging empuk

7. Boleh jugak kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jangan dibuang, boleh masukkan dalam kuah nanti.

Selamat Mencuba!
Sumber: fb zaimah zakaria

So, apa rasa anda? Nak cuba resepi daging tetel asam pedas di atas. Jom kita cuba sama-sama. Lepas ni tak perlu lagi pergi makan kat restoran pak cik tu.. hihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan