Sup Telur Paling Simple - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Ahad, 27 Mei 2018

Sup Telur Paling Simple

Sup Telur Paling Simple. Sup telur simple yang paling saya suka buat waktu bersahur. Campak campak kejap, dah boleh dihidang. Anak-anak pun tak cerewet bila bab bersahur. Makan apa yang ada.. hihi

Sup Telur Paling Simple


Sup telur nak lagi sedap boleh tambahkan suhun ke dalam sup telur anda.

Resepi Sup Telur Paling Simple

Bahan-bahan:

- 4 biji telur
- 2 biji kentang (potong kecil)
- 1 batang carrot (potong kecil)
- 1 pokok sawi minyak atau kailan (potong pendek)
- air secukupnya
- minyak
- garam

Bahan tumis (tumbuk kasar atau potong halus)

- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara-cara memasak sup telur simple:


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.

3. Masukkan telur masa air menggelegak.

4. Bila dah nampak telur masak, baru masukkan sawi dan tutup api.

5. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Terima kasih kerana membaca resepi sup telur ringkas yang dikongsikan di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan