Puding Lapis Nescafe Yang Mudah - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Ahad, 12 Ogos 2018

Puding Lapis Nescafe Yang Mudah

Puding Lapis Nescafe Yang Mudah. Agar-agar memang mudah disediakan, kos menyediakannya pun murah. Jika pandai menghias, jadi cantik pula hasilnya.

Mari kita sama-sama cuba buat puding lapis nescafe yang dihasilkan daripada campuran agar-agar dengan susu cair. Jangan lupa, kena letak la nescafe tu.. baru kena dengan tajuk resepinya. ☺☺☺

Puding Lapis Nescafe Yang Mudah
Puding Lapis Nescafe Yang Mudah

Resepi Puding Lapis Nescafe Yang Mudah


Bahan-bahan:

10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air (5 cawan)
1 cawan gula halus
1 sudu makan nescafe - dibancuh
1 sudu makan air panas - dibancuh
1 cawan susu cair

Cara Masak Puding Lapis Nescafe Yang Mudah

Cara buat puding lapis nescafe yang mudah

1. Campurkan gula dan serbuk agar-agar
2. Masakkan sehingga mendidih dan tutup api
3. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian
4. Masukkan campuran nescafe di dalam satu bekas dan campurkan susu cair ke dalam bekas yang satu lagi
5. Lapiskan campuran nescafe berselang seli dengan campuran susu ke dalam acuan
6. Sejukkan dan sedia dihidangkan

Selamat mencuba. Semoga kita dapat berjumpa pada resepi sedap dan mudah yang lain pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan