Saya pun pandai juga menyediakan ayam ungkep ni. Lagi lama atas dapur, lagi sedap ayam ungkep tu. Lebih-lebih lagi bila nampak ayam macam dah nak hancur. Memang best!!
![]() |
Resepi Ayam Ungkep Hidangan Asli Orang Jawa |
Resepi Ayam Ungkep Hidangan Asli Orang Jawa
Bahan-bahan:
6 ketul ayam - dibuang kulit
3 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 cawan air
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
Bahan B: (Tumisan)
2 inci kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar - dihiris
3 batang serai - diketuk
Cara masak Resepi Ayam Ungkep Hidangan Asli Orang Jawa
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan B sehingga wangi
2. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, dan bahan yang dikisar. Kacau sehingga wangi dan garing
3. Masukkan ayam dan kacau rata
4. Masukkan air, garam, dan asam gelugur. Kacau sehingga mendidih selama 15 minit sehingga ayam empuk dan pekat. Tutup kuali atau periuk ketika menunggu lauk masak. Lagi cepat empuk ayam ungkep tu..
5. Sedia dihidangkan.
Mudahnya buat ayam ungkep kan? Ini makanan yang biasa orang Jawa buat dan memang pandai buat. Anda pun boleh belajar membuatnya kerana resepi ini mudah disediakan. Rasanya memang sedap. Sampai minyak naik dan kuah pekat.. memang kaw betul ayam ungkep tu..
Selamat mencuba.
0 Ulasan