Resepi Biskut Candy Kelapa - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Selasa, 21 Ogos 2018

Resepi Biskut Candy Kelapa

Resepi Biskut Candy Kelapa. Biskut candy kelapa ni antara makanan tradisi zaman kanak-kanak saya. Setiap kali raya mesti cari candy kelapa sebab rasanya yang manis. Bila dah meningkat umur ni, makan pun buat jamah je.. sebab takut terkena kencing manis. haha!!

Oh ya, nak raya ni ada tak yang cari resepi biskut candy kelapa ni? So, anda boleh cuba resepinya yang simple seperti di bawah ni ya..

Resepi Biskut Candy Kelapa
Resepi Biskut Candy Kelapa Yang Sedap

Resepi Candy Kelapa


Bahan-bahan:

2 1/4 cawan kelapa parut putih
2 cawan gula pasir
3/4 cawan susu pekat manis
1/4 sudu teh garam
4 sudu makan mentega
1/2 sudu teh esen perisa rose
2 helai daun pandan (disimpul)
Pewarna merah, ikut pilihan sendiri

Cara menyediakan biskut Candy Kelapa: 


1. Griskan loyang persegi empat berukuran 20cm (8 inci).

2. Kelapa parut disangai hingga separuh kering lalu masukkan susu pekat manis, gula dan daun pandan. Masak di atas api yang kecil sambil dikacau terus-menerus sehingga campuran bahan ini tidak melekat di kuali (kira-kira 30 minit).

3. Angkat kuali dari atas api/dapur dan buanglah daun pandan. Masukkan mentega, esen rose dan pewarna merah lalu digaul rata-rata. Kemudian tuangkan bahan ini ke dalam loyang yang telah disediakan tadi sambil ditekan-tekan sedikit supaya rata. 

Resepi Biskut Candy Kelapa
Resepi Biskut Candy Kelapa

4. Biarkan candy sejuk sebelum dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan