Rojak Asma Menu Berbuka Hari Ini

Rojak Asma Menu Berbuka Hari Ini. Masuk hari ke lima berpuasa, macam dah tepu tak tahu nak makan apa untuk berbuka nanti. Air memanglah kita ready kat rumah je, panas atau sejuk, jus buah atau koktail.. semua boleh buat sendiri. Yang bab makanannya memang agak fail nak fikir. Dah jenuh tengok kat FB, macam sama je.. 

Akhirnya kita orang pergi bazaar ramadan dan cari juadah secara ekspress, beli dan boleh terus makan. Haha..

Rojak Asma Menu Berbuka Hari Ini

Hasilnya kita orang beli rojak asma. Rojak yang dimakan bersama-sama bermacam-macam makanan yang dipotong bersama dengan kuah kacangnya. Kalau kuah sedap, maka sedaplah segala isi rojak asma yang kita pilih.


Alhandulillah.. rezeki kami dapat juadah berbuka rojak asma yang sedap, kuah pun sedap dan yang penting bersih. Baru terbuka selera bila nak makan nanti..

Rojak Asma Menu Berbuka Hari Ini


Rojak asma adalah rojak campur bahan-bahan makanan seperti tauhu, tempe, fish cake, pedal dan hati ayam goreng, salad, tepung goreng, jemput udang dan banyak lagi. Ada juga hirisan timun. 



Kuahnya pulak dari campuran keledek yang direbus empuk dan dikisar. Ada kacang tanah kisar, kemudian dengan bahan-bahan lain ditumis hingga jadi kuah yang sedap. 

Nak buat kan malas, maka yang mudahnya adalah kita beli di bazar ramadan. Insyaa Allah.. apa nak semua ada kat bazaar. Cuma kena rajin survey sikit untuk dapat makanan yang bersih dan sedap.

Kalau nak resepi buat rojak asma atau rojak mee, anda boleh layari link di bawah..

Selamat bersantai & salam ramadan..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.