Cara Masak Kari Ayam Dengan Bahan Yang Minima Pun Sedap

Cara Masak Kari Ayam Dengan Bahan Yang Minima Pun Sedap. Hari ni masak kari ayam guys!! Sedap hingga menjilat jari, bukan saya tetapi anak bongsu saya ya. Dia kata dah lama tak makan ibu masak kari, iya lah.. sebab dia kan duduk asrama. Mestilah makan ayam masak kari mak cik dewan makan asrama. Ya dok@#$?? ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Atas permintaan dia, saya pun masak kari ayam bahan tak cukup. Bagi saya cukup je, tetapi ada sesetengah orang mesti nak guna santan, kena ada asam keping, daun kari, serai dan sebagainya. Bagi saya, asalkan ada rempah kari pun dah cukup. Hehe.. (maaf ya, membebel kejap..)



Cara Masak Kari Ayam Dengan Bahan Yang Minima Pun Sedap


Dah ready nak masak? Jomlah duduk kat dapur cari bahan-bahan yang ada..

10 potongan ayam - potong sederhana
1 bungkus kari daging
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 kotak santan, @ 1 biji kelapa - ambil pati santan
5 tangkai cili kering - kisar
2 biji kentang - belah 4
Garam, gula secukupnya

Cara masak kari ayam paling mudah dengan bahan minima


1. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau. Masukkan sekali rempah kari daging yang sudah dibancuh dengan air.

2. Masukkan sedikit air supaya tumisan tidak terlalu kering

3. Masukkan ayam. Gaul rata. Biarkan hingga ayam dan kentang masak.

4. Masukkan santan dan kacau rata. Kecil kan api, supaya santan tak pecah.

5. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya.

6. Kalau ada daun kari, boleh masukkan. Kalau nak masuk sayur bendi pun boleh. Ikut kesukaan masing-masing.


Walau tak cukup bahan seperti serai, kunyit, asam keping, tomato (ada yang masuk juga), ayam masak kari anda masih lagi sedap.

Nak lagi sedap, masa tumis awal-awal tu campakkan batang kayu manis dan bunga lawang tu. Lemak je rasa kari ayam anda.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.