Resepi Hati Lembu Goreng Berempah

Resepi Hati Lembu Goreng Berempah. Mana nak dapat hati lembu dengan mudah? Ada.. pergi lah pasar peladang ke, atau pasar pagi dan juga pasar malam. Sebab susah sikit nak cari kat shopping complex kat bahagian barang basah tu. Tapi saya pernah beli kat Mydin. Kena tengok tempat juga. Kalau anda tak berapa kenal mana satu hati lembu dan hati ayam.. haha, kenalah bertanya. Malu bertanya tak dapat lah jawapnya apa benda yang anda mahukan tu..

Makan hati, samada lembu atau ayam bagus untuk kesihatan, untuk tambah darah dan sebagainya. So, kalau anda susah nak telan hati lembu atau hati ayam, apa kata kita cuba resepi hati lembu masak berempah seperti yang saya kongsikan di bawah.

Resepi Hati Lembu Goreng Berempah


Hati lembu goreng berempah, sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas je. Bagi saya, keenakan hati lembu yang digoreng dengan rempah tak perlu sayur atau lauk lain nak kacau rasanya tu.. hehe

Gambar berkaitan Resepi Hati Lembu Goreng Berempah
Gambar hiasan

Gambar Berkaitan Resepi Hati Lembu Goreng Berempah

BAHAN-BAHANNYA;
(Resepi asal dari tiffinbiru.com)

400 gram hati lembu, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 camca besar tepung gandum*
1 biji limau nipis, perah jusnya*
1 camca besar garam*(*disatukan dan gaul rata, perap selama 20 minit, cuci kembali dan toskan)
1 inci halia, ditumbuk
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 batang serai, dititik
1 biji bawang holland, dipotong bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 pokok daun ketumbar, hiris
1 pokok daun bawang, kerat kasar
1 kiub pati daging lembu Maggi
Sebesar ibu jari, gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS/ kisar

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih

CARA PENYEDIAAN Hati Lembu Goreng Berempah


1. Hati lembut yang telah dicuci bersih tadi, digaul dengan halia dan bawang putih tumbuk, diamkan selama 20 minit lagi. 

2. Didihkan air, kemudian celur hati lembu selama 30 saat, tos dan ketepikan. Jangan celur lama sangat nanti keras.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai dan bahan-bahan tumbuk halus/ kisar hingga wangi dan naik minyak. 

4. Masukkan gula melaka, kiub daging lembu (hancurkan) dan kacau rata. Tambah hati lembu, kacau dan masak selama 3 - 4 minit dengan api besar. 

5. Masukkan hirisan bawang holland, cili merah dan cili hijau. Gaul hingga rata.

6. Perasakan dengan garam secukupnya dan akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar dan daun bawang, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api.

Bila dah siap, hidangkan dengan nasi panas dan lauk-lauk lain jika suka. Kalau saya, makan dengan nasi putih panas pun dah syukur sangat. Memang itu cara saya menikmati keenakan hati lembu goreng berempah. 

Selamat mencuba
Tudung kanak-kanak

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.