Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Tauhu Sumbat Yang Sangat Mudah

Resepi Tauhu Sumbat. Saya suka makan tauhu sumbat ni. Kebiasaannya orang makan dengan kuah kacang tanah, kan? Kali ni resepi tauhu sumbat kita guna sos cili pula. Rasanya pun sedap dan ramai dah orang buat tauhu sumbat guna sos cili tu. Kat pasar malam pun macam tu.

Jika kebiasaan kita makan tauhu sumbat dengan kuah kacang tanah, kali ni mudah sikit sosnya. Tak perlu kacang tanah tetapi kita guna sos dan juga cili merah. Pasti lebih mudah nak menyediakan sos cilinya.

Resepi Tauhu Sumbat Yang Sangat Mudah
Gambar hiasan - tauhu sumbat sos kacang

Resepi Tauhu Sumbat Yang Sangat Mudah
Gambar hiasan - tauhu sumbat sos cili

Resepi Tauhu Sumbat Dengan Sos Cili


Tauhu sumbat dan cara penyediaannya adalah daripada ilham yatiememories dan anda boleh dapatkan pelbagai resepi menarik dan sedap daripada blog tersebut.

Bahan-Bahan

10 keping tauhu
1 biji timun
1/2 biji sengkuang
1 biji carrot
1 cawan taugeh - buang akarnya, cuci, celur sekejap dan toskan
minyak secukupnya utk goreng tauhu

Cara-Cara penyediaan tauhu:-


1. Tauhu dipotong 3 segi dan goreng sampai masak.

2. Sementara tu, hiriskan sengkuang, carrot dan timun. Celurkan taugeh sekejap je dan toskan.
Ketepikan dulu.

BAHAN-BAHAN UTK SOS CILI MERAH


5 tangkai cili merah
4 tangkai cili kering-potong kecil, cuci dan rendamkan dengan air panas
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air atau secukupnya
garam secukupnya
2 sudu besar gula
1 biji jus limau kasturi

Cara-Cara penyediaan sos cili:-


1. Mesinkan semua bahan kecuali jus limau.
2. Masakkan sos sehingga pekat.
3. Campurkan jus limau dan kacau rata.

CARA PENYEDIAAN TAUHU SUMBAT SOS CILI


1. Belahkan bahagian tauhu yang hendak di masukkan sayuran.
2. Masukkan sayuran dalam belahan tauhu dan hidangkan bersama sos cili merah

Selamat menjamu selera. Cara penyediaan di atas membuat tauhu sumbat yang mudah tetapi sedap dapatlah sesiapa mencubanya. Lagipun tauhu sumbat ni antara makanan sayuran yang menyihatkan. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close