Nasi Goreng Pedas Ayam Kunyit Pasti Sedap

Advertisement

Random Picks:
Nasi Goreng Pedas Ayam Kunyit Pasti Sedap. Nasi goreng pedas kemudian makan dengan ayam goreng kunyit rangup, memang antara faveret saya. Dah la nasi tu pedas, makan masa panas. Memang hot plate betul taw!! Siapa suka makan macam gitu? Lagi pedas lagi awesome.. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Since saya suka makan nasi goreng ayam kunyit, maka dah selalu buat kat rumah. Di sini, saya kongsikan resepinya untuk sesiapa yang baru nak belajar masak. Bila dah pandai nanti boleh ubah suai sendiri.

Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit

Gambar tak berapa menarik tak mengapa ๐Ÿคญ๐Ÿคญ tapi rasa dan kejadian nasi goreng ayam kunyit ni memang sedap!!



Nasi Goreng Pedas Ayam Kunyit Pasti Sedap


Nasi goreng ayam kunyit pedas-pedas ni saya buat untuk hidangan 4 orang, cukuplah untuk kami sekeluarga yang tak berapa ramai. Hehe..

A. Bahan-bahan nasi goreng pedas:

2 mangkuk nasi semalam
15 tangkai cili padi - vietnam punya lagi bagus - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci belacan - dikisar
Garam dan gula secukupnya

Nota:

##Tak perlu ikan bilis dan telur, sebab kita nak laukkan dengan ayam goreng kunyit ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


Cara penyediaan nasi goreng pedas


1. Panaskan kuali dengan minyak yang cukup. Biar panas betul macam kat restoran

2. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau dan agak garing

3. Masukkan nasi dan gaul rata. Masukkan garam dan sedikit gula, jika suka.

4. Matikan api dan siap untuk dihidang dengan ayam goreng kunyit.


B. Bahan-bahan ayam goreng kunyit


300 gm isi ayam - bahagian dada
1 sudu teh serbuk kunyit
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam
4 batang kacang panjang
1/2 batang lobak merah
1 cawan minyak masak - untuk menggoreng


Cara menyediakan Ayam Goreng Kunyit Yang Juicy 


1. Isi ayam dipotong dadu

2. Perap isi ayam bersama sos ikan, garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.

3. Potong kacang panjang sepanjang 1 inci, lobak merak pun dipotong ikut saiz kacang panjang. Bawang besar dihiris tebal-tebal. Lada merah dihiris memanjang dan tebal.

4. Panaskan 1 cawan minyak. Ketuk bawang putih dan tumis sebentar saja.

5. Masukkan ayam yang telah diperap. Kacau dan goreng dalam api yang besar selama 10 - 15 saat, sehingga ayam garing.

6. Kecilkan api, masukkan bawang besar, lada merah, lobak merah dan kacang panjang. Kacau gaul seketika.

7. Toskan minyak pada ayam goreng kunyit tadi. Sedia untuk dihidangkan.


Hidangkan dengan nasi goreng yang dah siap tadi. Memang sedap dan menyegarkan serta rangup.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.