Pajeri Nenas Masam Manis Alahai Sedapnya!!

Lauk pauk tradisional memang tak jemu dimakan, walau kekadang susah nak jumpa. Baca perkongsian di bawah tentang menu lunch kami kelmarin yang sempat saya snap the moments.. alahai sedapnya pajeri nenas masam manis!!


Pajeri Nenas Masam Manis Alahai Sedapnya!! Antara lauk menu lunch kita orang. Siapa yang masak? Hmm.. bukan saya gamaknya. Beli je sebab hari ni kerja, so tengahari kita tapau lauk pauk dan nasi sekali. Pakej pemalas ni. Jangan di tiru perangai macam saya ni. Nanti kena marah.. Haha.. selain pajeri nenas, saya juga amat suka makan pajeri terung dan pajeri mangga. Hmm.. kena belajar dengan gigih nak buat menu tu semua satu hari nanti..

Mana dapat pajeri nenas tu? Kami beli di satu restoran melayu. Makanan klasik kebanyakannya. Antaranya ada menu rendang, asam pedas, ulam-ulaman, pajeri nenas, tempe goreng. Dan banyak lagi.
 
Pajeri Nenas Masam Manis

Pajeri Nenas Masam Manis


Lunch Pajeri Nenas Masam Manis


Kenapa saya panggil pejeri nenas masam manis? Memang gitu lah rasanya. Rasa masam manis dia memang terasa, kita gigit sikit je dah rasa nenas dengan kerisik dan kuahnya. Memang sedap sangat..


Nak resepi?? Klik 👉 Resepi Pajeri Nenas Sedap


Harganya? Tak mahal pun, beli dalam 5 ketul nenas yang dihiris besar, harga baru RM3.00. Kuah dia saya ambil lebih lagi. Nak caj, kita bayar lah. Sebab dah pemalas nak masak kan?

Pajeri Nenas Masam Manis

Pajeri nenas masam manis, dengan rasa nenas yang rangup, ada sikit masam ada sikit manis di hujung lidah. Memang sedap. Nak makan dengan nasi panas, makan dengan pulut kuning.. pun boleh.


Kuah dia pun sedap, tak pekat tak cair, secukup rasanya. Tak ada bau kerisik lapuk, semuanya rasa segar di mulut. Alhamdulillalh. 

Rezeki hari ni. Dah lama tak makan pajeri nenas. Biasanya, kalau nak makan tunggu majlis orang kahwin. Tapi, restoran yang kami kunjungi ni memang win! Tak payah tunggu majlis kahwin pun boleh makan pajeri nenas. 

Ok bye! Sekadar coretan santai kisah keluarga kami.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close