Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Ubi Goreng Lebih Rangup Tetapi Lembut Isinya

Cara Buat Ubi Goreng Lebih Rangup Tetapi Lembut Isinya. Siapa masih ingat memori lama dulu sewaktu hidup susah? Bukankah kita biasa makan ubi atau keledek rebus sebagai pengganti beras? Bonda saya dulu memang tanam ubi dan keledek keliling rumah. Batasnya tu kamilah yang tolong mencangkul. Hehe..
Cara Buat Ubi Goreng Lebih Rangup Tetapi Lembut Isinya. Perkongsian resepi kali ini adalah cara nak goreng ubi biar rangup di luar tetapi isinya lembut je. Jom sama-sama kita buat ya..

Cara Buat Ubi Goreng Lebih Rangup Tetapi Lembut Isinya
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Cara Buat Ubi Goreng Lebih Rangup Tetapi Lembut Isinya


Bahan-bahan;

Ubi secukupnya (ubi yang elok ya)
Sedikit garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara buat ubi goreng lebih rangup


Cara Buat Ubi Goreng Lebih Rangup Tetapi Lembut
Ubi goreng rangup sedap juga dimakan cicah
Dengan sambal kicap

Cara Buat Ubi Goreng Lebih Rangup Tetapi Lembut

1. Bersihkan ubi, buang kulitnya. Rebus dalam periuk dengan keadaan ubi terendam penuh. Api dalam keadaan sederhana

2. Bubuh sedikit garam. Anggaran 2 sudu kecil. Biarkan hingga ubi telah empuk. Kemudian angkat dan toskan

3. Potong ubi kecil-kecil memanjang, ikut saiz kesukaan.

4. Panaskan minyak. Goreng dalam api yang besar. Sekejap je dah masak.

5. Bila dah warna kekuningan, angkat ubi goreng tersebut.

6. Siap dah ubi goreng rangup di luar dan lembut isinya.

Insya Allah sedap sangat. Cubalah!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close