Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berbuka Puasa Dengan Beriyani Gear Box

Berbuka Puasa Dengan Beriyani Gear Box. Mungkin korang dah makan macam-macam menu lauk pauk dan dessert serta minuman dalam bulan ramadan ini. Agak-agak menu apa yang korang belum rasa? Apa kata saya bagi idea, cuba beriani gear box. Kalau nak merasa boleh lah beli sebekas dua, sebab harganya pun boleh tahan mahal. Tapi kalau mampu, nak beli banyak boleh je. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Berbuka Puasa Dengan Beriyani Gear Box


Dah masuk hari ke 22 ramadan, kami sempat makan buka puasa dengan beriyani gear box! Dan juga beriyani ayam. Dengan 2 menu tu, harga dibayar adalah RM30.00. Korang teka berapa agaknya harga beriyani gear box tu ya? Encik suami kata dia malas tanya, bayar je.. hehe, kalau jadi orang pompuan mesti kita tanya sampai habis kan.. 

Layan gambar beriyani gear box tu.. 



Dan tak ketinggalan karipap bakar, yang sebenarnya tuan punya gerai tu nama Pak Bakar. Sedap sungguh karipap dia, digoreng garing dan sedikit hangit. Sedap betul la.. tak jemu nak makan. Haritu En suami beli 4 diberi 1 percuma. Mungkin muka dah biasa.. hehe, murah rezeki. 



Beriani gear box ni isi dia 2 ketul, saiz besar dan ada lah sikit isi dia kat tulang tu. Memang sedap cara dia masak gear box tu, tak berbau dan rasanya memang kena dengan tekak. Cuma masa kita beli haritu, nasi berianinya sedikit lembik. Tak pasti terlebih air atau sebaliknya.. hanya tukang masaknya yang tahu.. 😅😅


Kombinasi beriani gear box dan karipap bakar yang bukan dibakar, mengenyangkan perut kami yang berpuasa sepanjang hari tadi. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah izinkan ini.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close