Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Roti Telur Berlada Simple Tapi Sedap


Roti Telur Berlada Simple Tapi Sedap

Roti Telur Berlada Simple Tapi Sedap

Roti telur berlada, nak lagi pedas.. tabur lagi lebih cili padi dalam bancuhan telur. Kalau korang nak tambah daun sup dengan bawang merah pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Roti Telur Berlada Simple Tapi Sedap. Sarapan apa korang pagi ni? Hujan lebat kat luar menyebabkan perut berkeroncong nak kena isi. Sesorang pulak tu, nak order grabfood @ Foodpanda terasa malas. Sebab belum mandi kan.. segan nak jumpa orang. Belek-belek atas meja makan, ada sebundle roti Gardenia yang dah nak expired. Hmm... meh la kita sarapan roti telur. Mudah je nak buat..

Bahan-bahan:

Roti putih gardenia secukupnya - kerat 2 memanjang
4 butir telur
Secukup rasa Maggi
8 biji cili padi, hiris halus


Cara penyediaan:


1. Pukul telur bersama dengan hirisan cili padi. Pukul sampai kelihatan cair. Masukkan cili padi dan 1 sudu kecil perisa Secukup Rasa Maggi.

2. Panaskan minyak. Salut roti dengan telur tadi dan goreng hingga kekuningan.

3. Bila dah masak, angkat dan toskan.

4. Siap dan hidangkan. Boleh makan gitu saja atau cicah dengan sos cili.



Selamat mencuba semua. Sedap tau.. rasa pedas-pedas gitu dan lemak masin. Guna Secukup Rasa Maggi memang best, tak takut terlebih masin. Ia pun menaikkan rasa sedap pada masakan kita.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close