Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ikan Jahan Masak Asam Pedas Lauk Lunch

Ikan Jahan Masak Asam Pedas Lauk Lunch. Dah lunch ke korang semua? Lauk apa tu😐 mesti sedap hingga menjilat jari, walau apa yang dimasak.. kan.., sebab penat-penat memasak, kenalah bagi pujian. Barulah rasa happy.. 

Saya masak asam pedas ikan jahan je. Bahagian isi dan kepala. Tapi yang kelakarnya, masa beli kat Maslee mart, budak yang tolong potong bahagian kepala tu dia bagi ketul kecik-kecik, tersilap faham. Saya pesan potong sikit, kepala tu besar sangat. Dah nak jadi, redha je la.


Ikan Jahan Masak Asam Pedas Lauk Lunch

Masa nak masak tadi, saya lumur kan ikan dengan asam jawa banyak-banyak. Perap sekejap dan kemudian basuh bersih-bersih.

Nak sedap kuah asam pedas tu, korang blender kan cili boh, bawang besar, bawang kecil, halia dan kunyit bagi hancur lumat. Lepas tu titik kan serai dalam 4 batang. Jumlah cili kisar ni bergantung banyak mana ikan nya. Tumis sekali gus. 

Ikan Jahan Masak Asam Pedas Lauk Lunch

Lagi satu, masa menumis bahan kisar tadi.. biar lama sikit. Sampai naik minyak. Baru lah korang letak air asam jawa dalam 1 mangkuk. Letakkan garam, gula dan perisa, jika suka. Dah mendidih kuat, baru masuk ikan jahan. Jangan lupa tomato dan daun kesum. 

Oh ya, kalau kuah asam pedas tu pekat sangat, tambah dengan air masak suam. Insya Allah rasa kuah asan pedas tetap sedap.

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close