Macam-macam Resepi Ada

Top Ads

Kek Coklat Kukus Lembut Sukatan Cawan

Dah banyak kali saya buat kek coklat ni. Mudah sangat san bahan-bahan dia pun senang nak carik. Murah pulak tu.. kalau nak beli kat luar kan agak mahal. Maka, marilah kita belajar buat kek coklat kukus yang orang cari-cari resepinya.

Kek Coklat Kukus Lembut Sukatan Cawan
Gambar hiasan

Kek Coklat Kukus sukatan cawan ❤❤


Bahan2 :

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan minyak
3 biji telur

-semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalan periuk kukusan.

Bahan2 ayak:

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

-adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dengan api sederhana. Nak tau masak cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat dah masak.

Kredit Resepi Nor Juliana Isa - FB

Nota:

Korang kalau ikut resepi kek tu jangan kurang @ lebihkan tau.. nanti hasilnya tak berapa jadi. Okay!
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Catat Ulasan

0 Ulasan